Tuesday, June 30, 2009

Antalogi Sebuah Kenangan: "Setahun Kembara Ini"

Salam Semua.
Hari ini, genap setahun usia pada kembara ini. Kembara yang memungkinkan segala makna tentang hari depan aku. Berdepan segala ranjau, segala dugaan, segala cabaran menjadikan aku "kuat" untuk menghadapi hari esok. 365 hari yang penuh makna, segalanya bermakna! Hari-hari menjelang kepada ulangtahun ini, aku banyak berfikir, apa; kenapa; dan selama mana aku harus bertahan. Berjuang dan berdepan dengan karenah dunia yang diisi dengan pelbagai macam karenah. Aku cuba mengkronologi pelbagai peristiwa di mana aku jadikan ia sebagai satu percubaan, satu cerita antologi kepada sebuah kembara. Aku bersyukur, diberi peluang serupa ini oleh Ilahi. Berjalan, dan menjengah kepada sesuatu yang mungkin adakalanya melampaui sebuah pemikiran. Aku mencongak setiap minit anugerah Ilahi yang selalu aku salah gunakan, yang kerap aku lakukan. Satu muhasabah diri, yang aku pelajari dari pembacaan buku-buku, ceramah oleh Dr. Fadzillah Kamsah. Tokoh motivator Malaysia. Mengenal kepada diri, mencari, dan memahami makna hidup dari persepsi agama suci. Kembara ini, cerita peribadi. Cerita yang mungkin aku kongsikan satu masa yang benar-benar aku rasa aku sudah berada di kemuncak sebuah kejayaan. Insyaallah, saat ini cuma impian dan cita-cita menjadi angan dan inspirasi. Antara sedar, aku kini melonjak ke "puncak" yang mana aku sedari tak pasti mana pucuknya. Dan, mana pangkalnya. Aku cuba berjalan kembali ke garis-garis masa lalu. Di situlah aku! Berdiri seorang anak kembara, yang berada ditengah-tengah keramaian warga Malaysia. Atas anugerah dan simpati Ilahi sebenarnya. Juga, iringan doa kudus kasih seorang ibu. Di saat ini, aku masih teringin untuk berada disampingnya dan berharap kejayaan ini aku kongsi bersama. Sungguh, aku kata perjalanan kembara kali ini memang bermakna. Dalam meniti pahit getir semua ini; aku cuba menoktahkan setiap ayat yang bernama; "TIDAK". Aku cuba dan memotivasikan diri biar semangat ini tidak akan mati, Insyaallah. Hari ini, juga pada tarikh yang sama tahun lalu; suasana ini masih sama. Hari yang tenang, damai dan terasa indah. Ada secalit warna sepi, dan warna yang aku tak mampu tafsirkan ertinya bertandang ke hati! Inilah, hidup. Kembara dan hijarah, untuk kebaikan sesuatu yang dituntut oleh agama. Mengharapkan yang terbaik meskipun bukan selamanya kita bergelar wira! Perjuangan ini menuntut kesabaran, menuntut sebuah erti kehidupan dalam kembara memakna diri atas belas ihsan kasih ILAHI!
kaki punya bicara, biarkan malam terus bersinar biarkan mentari terus memancar bersama doa diiringkan atas makna sebuah kehidupan!

Sunday, June 28, 2009

Antalogi Sebuah Kenangan: "Kehilangan"

Salam Semua.
"Kenangan"- sesuatu yang menghidupkan aku, kamu, mereka dan semua. Kenangan juga mampu membawa kita menoleh kepada asal-usul diri. Begitulah hidup, yang datang pasti akan pergi. Yang pasti, kenangan akan ditinggalkan. Aku tulis ni sebab aku rasa kehilangan, one of my best lecture. Someone, who lead me, teach me a value of life.No words can describe as what we feel now.Hampir 365 hari ni, semuanya berlalu dengan penuh makna. Meskipun, aku masih tidak mamppu mentafsir jalanan dihadapan tapi aku tahu setiap yang hadir dalam hidup ni penuh dengan makna tersendiri. Begitupun, tatkala menerima berita ni sebentar tadi, aku tetiba je rasa sedih. Antara percaya dan tidak. Hakikatnya, inilah situasi kolej aku. Pensyarah datang dan pergi, at anytime. Anyway, I wish U; Ms. Salimah good luck and happy always! We will miss u!
Ms Salima(2 from Right)

Saturday, June 27, 2009

Eksperimen: Bicara Fikiran Kosong!

~Kosong~

Tiada terfikir tentang sesuatu

Aku rasakan hidup macam tiada.

~Kosong~

Satu persoalan mati

Yang membawa sejuta erti.

~Kosong~

Seperti tiada yang bernyawa

Arghhh!!!!

Dunia masih menghembus udaranya

Manusia terus dengan kesibukkannya

~Kosong~

Membawa aku ke persoalan diri.

Bicara yang aku soal kepada hati.

~Kosong~

Masih mengharap sesuatu yang mengisi

Meski, disebelah sana

Kepelikan manusia memerhati aku

Yang bicara pada relung-relung sepi!

Kaki punya bicara:

Kosong yang mendamaikan

Sepi yang mengisi

Membawa aku mengenal diri

Yang sudah tersasar jauh memahami nikmat ILAHI

K.L

Jun 2009.

Friday, June 19, 2009

Di Bawah Lembayung Kasih Ilahi

Tuhan,

Aku bersyukur

Nikmat sakit ini menundukkan

Hati ini kepada Mu.

Telah berjuta nikmat Mu

Aku nikmati

Sedikit demi sedikit

Nikmat itu hilang

Kerana kejahilan diri.

Terasa kecil diri

Diuji seperti ini.

Betapa diri dulu gagah berdiri

Tegap mengorak langkah peribadi

Layunya, kini

Tetap yakin Engkau masih bersama di hati.

Tuhan,

Seandainya nyawa aku sampai disini

Izinkan agar aku bisa hidup

Bersama mereka yang aku sayangi

Izinkan, agar aku bisa membahagiakan mereka.

Tuhan,

Sakit ini, menginsafkan diri

Terasa bahagia bila aku sedari

Hidup aku

Ihsan dari lembayung kasih MU!

Thursday, June 18, 2009

Antara Peluang & Harapan!

Salam Semua.
Semalam, waktu aku menghubungi family aku di Labuan aku dapat berita yang cukup menggembirakan. A thousand congratulations to my lovely cousin Azeema, Nina and they friends winning in Robotik Competition peringkat WP Labuan. Ini, rasanya kali pertama SEMELA menduduki tempat kedua setelah beberapa kali gagal dalam percubaan sebelum ini. Sebenarnya, ada cerita indah disebalik cerita kemenangan mereka especially for Nina. I was told her before this, "SEMELA adalah tempat terbaik untuk menonjolkan diri". My expectition exactly true! Now, diorang betul appreaciate SEMELA sebagai hub kejayaan diorang. My lovely cousin ni, sebelum ni study kat SMK Pantai. Masa kat SMK Pantai ni, dia ni selalu sebut yang susah nak bersaing sebab her teachers always spot to top students, yang famous. So, dia ni rasa macam dipinggirkan. Thats why, after PMR aku suggested to her, hijrah ke SEMELA. Dengan harapan, perasaan rendah diri beliau tu akan terhapus. Alhamdullillah, 2 tahun hampir berlalu dan kejayaan beliau telah bersinar. From my deep heart, kemenangan ni bukan lagi satu penghormatan kepada mereka tetapi satu penghargaan kepada SEMELA. SEMELA yang bagi mereka peluang dan harapan! Sungguh, kalau bukan di SEMELA, aku tak pasti tempat mana aku harus meletakkan diri ni. Begitu juga mereka yang pernah bergelar keluarga SEMELA. Emosi ni pasti hampir sama. Especially, bila kini SEMELA diterajui oleh Cikgu Sahar. Seorang komited, dihormati, penuh misi untuk membangunkan SEMELA since he came into SMELA. I still remember that! Meskipun, waktu tuh Cikgu Sahar dibayangi sebagai bekas Ketua Sektor di JPN Labuan. Tapi, ketegasan dan kelembutan beliau sebagai seorang ketua sebenarnya memacu kecemerlangan SEMELA sehingga kini. Serius, sebagai seorang yang pernah duduk bersembang dan bercerita masalah pengajian kepada beliau aku cukup hormat kepada "Ketua Kampung SEMELA" ni. 3 tahun menerajui SEMELA; banyak pembangunan infrastruktur dibangunkan, yang telah siap dan masih dalam pembinaan. Dalam blog beliau sendiri, apabila dinamakan sebagai pengetua SEMELA 3 tahun lalu, satu penghormatan yang cukup bermakna kepada beliau. Sehingga kini, aku masih dibayangi akan ketegasan beliau, baik semasa berada di dalam SEMELA mahupun di luar SEMELa kini. A thousand congratulation to him and SEMELA especially! To Nina, tonjolkan diri tapi jangan sampai terleka. Kemenangan korang tu, kemenangan semua! Anyway, dont forget to say "THANK YOU SEMELA!"

Sunday, June 14, 2009

Ini Bukan Lagi Cobaan...

Salam Semua.

Aku tak tahu macamana nak start this story. Coming to 365 days my journey here, macam-macam da aku tempuh. Sungguh! Kadangkala, aku rasa ini semua mcam mimpi. Dan, cerita ni cukup panjang tapi mudah difahami.

Aku cuba hadapi semuanya dengan ketenangan, sabar dan tawakal. Sebab, aku yakin ALLAH takkan menguji manusia melebihi kemampuan makhlukNYA. Tapi, kali ini benar-benar mencabar kesabaran aku. Sabar manusia ada batas. I repeat, have a limit man. I’m not a perfect person or like an angel.

Cerita-cerita yang sampai ke telinga dari mulut orang kedua dan ketiga sudah cukup meruapkan amarah. Ini, rentetan dari rumah sewa aku. Analogi yang aku bina cukup mudah: “RUMAH SEWA NI IBARAT RUMAHTANGGA DAN AKU TAK SUKA BILA ORANG LUAR MASUK CAMPUR THEN THIS THINGS BEING MORE COMPLICATED!”

CERITA BEGINI:

Rumah sewa aku ni, kononnya akan dibaikpulih. Masalahnya, orang luar yang jadi penyampai cerita ni menukar cerita. Kami akan dihalau kerana perangai my housemates. Shit! Aku tanyakan kepada tuan rumah ni, takde masalahnya sebenarnya. Cuma, kami akan dipindah kerumah belakang. Alright, no problem.

Masalah ni, jadik more complicated bila orang luar ni (sebenarnya pernah menyewa dirumah yang sama) kata aku burukkan namanya. Dan, menuduh housemates aku yang lain menuduhnya dengan macam-macam tuduhan mencuri dsb.

Eh, bai aku nak tanya, konon harta wasiat ko beratus ribu. Ape hal plak nak sewa ngan kitorang? Pastu, lari tak bayar sewa. Yang kena kejar sape? Kitorang yang jenuh menjawab. Kitorang ke yang salah? Pastu, nak tuduh aku yang manipulator behind this story?! Wtf!!!! Sorry, aku takde masa nak mengendeng cerita ni ke hulu, ke hilir. Aku banyak keja lagi nak buat. Masa depan aku, jadual waktu yang padat; 8 a.m to 6 p.m. Imagine it, ada ke masa aku nak keluar and talking like this shit?!

Cerita besambung plak bila cucu tuan rumah ni lari dari rumah. Aku ulangi, lari dari rumah. Dan, aku langsung tak masuk campur dalam hal family tuan rumah. I know just a little bit of the story, okay? Yang peliknya, apesal ko (orang yang sama) call me and mentioned that aku tuduh ko pernah rogol budak. Wei, sorry sikit. As I told you, ape kena aku ngan kisah minah tu lari?!!! Ada aku kesah?!!

Bukan aku tak nak ambik port, sebab aku tau kalau aku tanya, aku pun kena gak. Seriously, benda ni aku amek tau sebab she is a Muslim. And, she is an underage girl. Masalahnya, budak ni aku tak penah bawak besembang pun, jauh sekali menegur dengan ramah. Sebab, aku tengok ko dengan dia “manja” dua macam.

Ko ingat la sikit, sape yang hulur salam kegatalan kat budak tu? Aku ke? Bukan, bukan. Ko pandai carik masalah, pastu masalah tu ko nak connect to another person? Sorry, wrong connection! Jangan sampai, aku failkan saman. Ko da kira menghina maruah aku. Ada ke patut, ko cakap aku tuduh ko pernah rogol budak!!! Damn it!!! Ingat sikit, aku ni ko baru kenal aku tak sampai setahun. Taring aku, ko tak tau. Tapi, taring ko dalam kocek aku.

Da cukup sabar aku and the others of my housemates. Ko tinggal sini, orang lain backup makan, minum, rokok aku payung. Lepas lari, ko tikam plak bebudak ni?! Perghhh, hebat permainan ko!!!

Ingat sikit, bumi ALLAH memang luas. Tak di dunia, di akhirat kitorang tuntut. Maaf, aku tulis ni benar-benar di lingkungan emosi yang tidak terkawal. Aku hanya mahu tegakkan kebenaran dan mahu semua elakkan orang seperti ini. Tapi, aku bukan jenis anti pada bangsa sendiri. Sebab, dihadapan aku; kau adalah insan yang mewarisi kebodohan orang Melayu: mengadu-domba, fitnah.

Salah satu sebab kenapa aku voice out this entry because, I’m sad. We are in unlimited world where everybody free to voice out, talking and compete each other. Tapi, bukan begini caranya, mengkhianati! Sekarang baru aku faham, macam yang Bungsu Mawi cakap: “orang cina, akan tolak bangsanya naik ke atas; maju sama-sama. Tapi, orang meLAYU tarik balik ke bawah, supaya sama-sama bodoh!” Bukan setakat dalam hal politik, bisnes malah melengkapi semua aspek. Itulah cara meLAYU.

Aku sendiri tak faham kenapa begini sifatnya orang MELAYU, di negeri SERAMBI MAKKAH plak tu!!! Perangai orang tua, diwarisi golongan muda… Bak kata pepatah, “ibarat guru kecing berdiri, murid kencing berlari”.

Aku harap, kembara 365 hari pada hari mendatang akan diwarnai dengan warna ceria mengiringi usia dewasa! Heh!

Kaki punya bicara:

Alami hidup, takkan sama pada teori semata.

Dunia, tewaskah aku pada ujian NYA?

Titian jalanan masih jauh

Banyak perlu aku tempuh.

Bukan sedikit, cerita

Kadangkala, amarah menguasai akal

Membataskan segala positif pemikiran.

Saturday, June 13, 2009

Selalu Mengalah By Seventeen: "Mengalah"

Salam Semua.
Beberapa hari yag berlalu tanpa mengemaskini blog ni, ada perasaan yang baru aku sedari; iaitu mengalah. Tida kepada sesiapa, tetapi kepada kemahuan diri. Seringkali, manusia terdesak kerana kemahuan sendiri dan keinginan mereka yang disekeliling kita. Menyusur permasalahan ini, kesukaran memberi jawapan; sesuatu yang buat kita rasa tersepit, terhimpit oleh keinginan. Menolak maknanya menderhaka, tidak mahu bermakna kita curang. Sebagai manusia, jalan rasional harus dipilih. Fakta-fakta kebenaran harus diketengahkan. Amarah harus ditahan. Kita harus bisa menyakini orang sekeliling dan fahamkan mereka maksud "beri peluang". Kita akan berjaya jika diberi peluang. Harapan terletak nombor 2. Jika tiada peluang, tidak bermakna segala harapan. Berputus asa bukan jalan terbaik. Mengalah bukan kalah. Tetapi jalan untuk untuk kita merebut kembali peluang. Yakinkan diri. Mengalah adalah untuk mengawal keadaan. Wassalam.
kaki punya bicara: mengalah jalan kawalan keadaan. mengerti kepada keinginan yang tidak dipenuhi.

Tuesday, June 9, 2009

"Bila Masalah Is Problem...."

Salam Semua.
Buat 24jam (sehingga catatan ini ditulis), perjalanan hidup aku seumpama tidak sempurna. Bukan ditinggalkan kekasih ke, but it's about my lap top! aha! Lap top kesayangan aku mengalami sindrom plak. Mungkin attacked by H1N1, kot! Eh; tak, tak! heh! Malam tu, aku keluar makan bila aku balik and nak on my lap top, tak bley on plak! Damn shit! Aku baru nak bangga sikit sebab 2 report (restaurant and kitchen report) aku da siap 98%! Aku dengan bangga nak show kat Alang (saja nak bagi jeles!), sekali dikecewakan plak... Huh, teknologi canggih camane pun, mesti ada kekurangannya. Then, bila Raimie balik dari KT pagi tadi, I ask him about the problem. the problem is raimie dont know and can;t capture what the problem actually. Kepala aku da pening, pikir he can ask me deeply about it. Aku mana la tau benda alah tuh sedalam-dalamnya. Lainlah, kalau aku taking in computer programme or computer science. Tak susah aku nak tanya kat pakar cam beliau ni. Heh! So, the conclusion. Lap top aku masuk workshop lagi for the second time! Huh, technician pun buat hal gak. Ape salahnya, ko wat inspection. Ni tak, nak wat expectation plak. Setakat expectation aku pun bley buat. Senang je, bagi jawapan yang melibatkan teknikal. Kena attack virus la, amenda la. Ko bebel panjang depan aku pun bukan aku reti ngan benda alah tu. Setakat motherboard aku tau la! Bengong! Aku paling takut, kalau-kalau sume benda dalam lap top tu tak bley back up. Huh, memang menangis airmata darah la aku. Sume benda tu, takde copy tau.. Koleksi sajak, cerpen, gambar-gambar kandid and everything about my journey! Sayang la!!!! Paling buat aku gila, kalau assignment aku tuh ilang! huh! Buat untuk kali ke-2 la jawabnya. Aku da janji ngan Puan Ain nak submit restaurant report minggu ni. Ala, da naseb badan.... Ni la jadiknya, kalau masalah bertukar problem... heh!
kaki punya bicara: doa dan berdoa agar selamat semua. tiada kerja untuk ulangan kedua. aku penat, letih memerah, mencurah segala idea ke atas segalanya!