Wednesday, November 25, 2009

Perutusan Khas AidilAdha 1430H- "Edisi Gugur Airmata Anak Rantau!"

Bismillahirrahmannirahim.

Alhamdulliah, seharusnya kita bersyukur kerana dipertemukan lagi dengan Aidil Adha yang penuh dengan rahsia hikmah dan “pengorbanan”. Korban jika kita dalami ertinya, membawa maksud “penyembelihan haiwan tertentu” sesuai dengan firman ALLAH:

“Maka solatlah kamu untuk Tuhanmu dan menyembelihlah”.

(Surah Al-Kautsar: ayat 2)

Begitupun, jika kita selami makna ini secara mendalam, ianya ternyata membawa erti yang melingkupi aspek-aspek kehidupan dunia dan akhirat. Ruang lingkup makna yang cukup luas.

Sejarah qurban dalam Islam, memcatatkan pengorbanan Ismail A.S. yang rela didirinya dilapahi demi membuktikan ketakwaan bapanya, Ibrahim A.S. Ianya tidak terjadi secara realiti. ALLAH membalas ketakwaan Ibrahim A.S. dengan balasan yang cukup diinsafi. Bagi Barat, ianya satu kezaliman. Dalam Islam, kita mentakrifkannya sebagai “ujian keimanan”. Sesuai dengan cacatan Al-Quran:

Ibrahim berkata : Aku pergi kepada Tuhanku (ke tempat yang disukainya). Dia akan memimpin aku. Ya Tuhanku, berilah aku anak yang salih. Kemudian Kami gembirakan dia dengan seorang anak yang penyantun. Setelah anak itu sanggup berusaha bersamanya, berkata Ibrahim kepadanya: Hai anakku, sesungguhnya aku bermimpi dalam tidur, bahawa aku menyembelih engkau, maka perhatikanlah, bagaimana pikiran engkau? Sahut anaknya: Hai bapaku, perbuatlah apa yang diperintahkan itu, bapa akan mendapatiku berhati sabar, Insya Allah. Tatkala keduanya patuh (menurut perintah Allah) dan telah digulingkannya anaknya (ke tanah) atas pipinya. Lalu dia Kami seru: Hai Ibrahim! Sesungguhnya telah engkau turut mimpi itu, sesungguhnya begitulah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini adalah cobaan yang nyata. Kami tebusi anaknya itu dengan sembelihan yang besar (seekor kibas). Dan Kami tinggalkan untuknya pada orang-orang yang kemudian (kalimat ini): Keselamatanlah untuk Ibrahim. Demikianlah Kami membalasi orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya dia salah seorang dari hamba-hamba Kami yang mukmin. Kami gembirakan dia dengan Ishaq, seorang nabi, serta termasuk orang-orang yang salih.

(Sura 37:99-112)

Penghayatan yang dalam perlu bagi mengingati peristawa besar Islam ini. Dalam menunaikan kewajipan diri kepada agama, jangan pula kita leka pengorbanan kepada keluarga, masyarakat dan negara. Daripada sini kita memahami bahawa pensyariatan qurban ialah satu ibadah untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT tanpa apa-apa keraguan. Tidak disebut perjuangan kalau tanpa pengorbanan. Kerana Islam tidak menang kalau tidak ada pengorbanan di kalangan para Rasul dan Nabi-Nabi A.S. Merekalah orang yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Dalam kita sibuk dengan pelbagai kepentingan, janganlah kita terleka sehingga terlupa pentingnya peristiwa ini dalam pembentukan sahsiah diri yang teguh, ke-Esaan ALLAH dan hal-hal yang melibatkan pembentukan spiritual berasaskan ajaran Islam. Janganlah kita “conteng” makna korban ini pengisian yang melampaui batas dan ajaran Islam.

Dikesempatan ini, saya mengucapkan Salam Aidil Adha 1430H kepada ahli keluarga di WP Labuan, Brunei Darussalam, Johor Bharu, dan juga di Negeri Sembilan. Semoga semuanya selamat dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing biarpun kalangan kita terlalu sibuk dengan pelbagai urusan.

Kepada pengguna-pengguna jalanraya, ingat mereka yang tersayang. Pandu cermat jiwa selamat. Jangan “qorbankan” ahli keluarga yang lain kerana kecuaian anda.

Wassalam. Salam Aidil Adha “Gugur Airmata Anak Rantau”.

Tuesday, November 24, 2009

Ini Hari Betul-Betul Mengancam!

aku dan sahabat cuma diam.

sekitar ini amat sunyi.

manusia-manusia sudah tiada.

selangkah lagi, mereka sudah tiba di halaman.

hanya aku, ada di sini.

tiada kesal. ini pilihan. tiada jawapan.

hanya ada syukur, terima kasih Tuhan.

SELAMAT MENYAMBUT AIDILADHA 1430H.

p/s:

itu tiket sudah habis!

itu banjir kekang perjalanan!

cuma kami!

ini tahun betul-betul mengancam!

dua puluh lima bulan sebelas dua ribu lapan.

8 zulhijjah 1430 hijrah

kota bharu, kelantan.

Monday, November 23, 2009

Itu, Situasi Suka-Suka!

Di satu sesi perbincangan antara aku dan Encik A, setelah beliau panjang membebel. Encik A: Sebagai contoh, u tengok la mak ayah. Diorang pun kadangkala ada limit jugak. Aku: Maksud cik...?(dahi berkerut) Encik A: Macamni, setiap apa yang kamu perlukan; tak semestinya family akan dapat penuhi. Have a limit. Anak saya.... Aku: Erk...cik ada anak pompuan? Kirim salam eak? (angkat kaki dan blah keluar!) Encik A: ...............)(*&^%R$#W!!!!!
Hahahahaha! Tu cuma ilusi aku je! Amat kurang ajar la jika aku berlaku sedemikian. Perbincangan petang tadi hampir 2 jam itu berlangsung dengan baik. Respon, harapan dan dorongan. Alhamdullillah, syukur. Seperti yang aku harapkan, ianya hasil imaginasi kejayaan yang aku praktikkan hasil ceramah-ceramah motivasi Dr. Fadzillah Kamsah. Teori yang memberangsangkan! Seperkara lagi, setiap apa yang aku lakukan bukan mahu disanjung. Tidak pernah! Aku cuma manusia biasa. Apa yang aku lakukan hari ni, datang dari kesilapan semalam. Perjuangan yang terburu-buru! Aku hadir bersama harapan. Membawa matlamat perubahan untuk membimbing dan dibimbing! Prinsip ini tetap, tidak berubah! Terima kasih kepada tim-tim perjuangan. Kalian ada bersama aku. Juga kepada my beloved mother. Yang mahukan aku memberikan fokus ke atas semua tanggungjawab. Baik kepada akademik, mahupun perhubungan sosial. Thanks mama!

"Sesungguhnya aku telah mengatur urusan kamu, tetapi aku bukanlah orang yang paling baik di kalangan kamu maka berilah pertolongan kepadaku. Kalau aku bertindak lurus maka ikutilah aku tetapi kalau aku menyeleweng maka betulkan aku!"

- Abu Bakar As Siddiq-

Friday, November 20, 2009

Hujan Hari-Hari, Basah Pun Hari-Hari...!

Salam Semua. Sudah tiba musim hujan bukan disekitar Pantai Timur? Banjir, basah sinonim dihujung tahun. Sekejap, sekejap. Harapnya, kalian tidak menukarlucahkan tajuk diatas. Entri ini, tidak memasukkan unsur lucah ya! heh! Okeh, back to the issue. Kalau mengikut ramalan Jabatan Kajicuaca, suasana ini akan melanda negeri-negeri Pantai Timur, dan sebahagian Pantai Barat. Tu yang 2,3 hari lepas aku dengar diberita nasional. Suasana macamni, kadangkala menyekat aktiviti luar. Bukan aku tidak bersyukur rahmat hujan. Ini suasana yang mendorong aku selesema hampir sebulan. Oh! Penyakitkah itu? Yang seronoknya, dalam menghadapi suasana hujan hari-hari; kalian akan saksikan keseronokan kanak-kanak di Pantai Timur ini seolah-olah punyai kolam renang persendirian yang maha luas! Ibubapa tidak risau. Kanak-kanak ini riang bermain air. Basah hari-hari. Siapa kisah?! Bukan ada bayaran seperti kolam-kolam renang yang dimiliki kapitalis-kapitalis yang laparkan duit. Bagi pelajar seperti aku, suasana ni membawa erti seronok juga-di mana, boleh berkompromi dengan pensyarah-pensyarah. Kalau yang tinggal jauh sikit, "rumah banjir cik, keta tak bley keluar!" Padahal, takat air masih dibawah indeks yang selamat. Memang selamat manusia macam ni! Atau, bagi yang punyai kelapangan; boleh tidur sepanjang hari. Celik mata, hanya bila lapar. Hidupnya, makan-tidur-makan-tidur. Tujuan pun- tidur! heh! Seperkara lagi, jikalaulah hujan telah reda; maka, berduyun-duyunlah orang kampung laksana lalat menhurungi bangkai menghampiri parit-parit, sungai-sungai untuk menangkap ikan.; "menyaluk ikan" kata orang Brunei. Kemudian dibahagi sama-rata antara mereka. Ini baru perkongsian 1Malaysia namanya! Nilai kemanusiaan, kejiranan yang amat tinggi pada pemahaman aku sendiri. Hari-hari hujan; hari-hari basah pun tak apa! Asalkan suasana ini, mata aku mampu menyapa kemesraan mereka. Biarpun, cuma sekadar isyarat senyum ditepi-tepi jambatan. Inilah, citra warga Pantai Timur. Biarkan. Kalaulah hujan hari-hari; basah pun hari-hari, mereka tidak kisah. Suasana ini mereka mahu semai. Biar subur si anak muda bersama kemesraan warganya. Itu kolam, bukan berbayar. Ikan-ikan itu milik Tuhan. Takkan ada yang mengekspoitasi kelebihan itu. Tidak ada unsur politik dalam perkongsian. Pembahagian sama-rata, tidak mengharap kepada projek-projek mega. Biarlah, basah! Biarlah, lelah! Itulah mereka! Hujan hari-hari, basah pun jari-hari!

Tuesday, November 17, 2009

Ini Masih Ruang Sama!

Salam Semua. Bagaimana kalian ini hari? Oppss, maaf! Sang matahari masih belum memancar kerna mentari diufuk baru menyembunyi. Hari ini, penuh dengan kesibukan bukan? Jam-jam yang berlalu, telah kita isi. Bagaimana bentuk pengisian kalian? Penuh makna atau kosong berlalu sepi? Oh, cuma satu persoalan ya! Bukan bentuk pemaksaan dari aku. Allah, aku ingin menulis tentang benda lain sebenarnya! Lihat, betapa lemahnya aku dalam pengawalan diri. Ok, teruskan kepada aku. Seharian ini, aku cukup suka. Tapi suka ini masih terbatas. Ada ruang-ruang abstrak bernama "tanggungjawab" harus dipenuhi. Sama seperti kalian semua. Cuma, pengisian dan level itu berbeza. Dan, hari ini aku terus memerhati manusia-manusia sekeliling aku. Kadangkala, berat untuk aku luahkan. Tapi, demi makna diri; aku akan luahkan. Pasti! Cuba, kalian bayangkan perbincangan demi perbincangan dibuat. Dalam setiap itu, masing-masing meluahkan idea. Ada juga yang menunjuk pandai. Tapi, mereka sekadar berkata! Tunggu diketuk, seinci baru pergerakan. Kebijakkan ini, membantutkan segala usaha. Bahkan, intipati mesyuarat tidak lagi menjadi utama. Mereka lagi bangga kepada usaha-usaha mereka mengerjakan parti liar. Bangsat! Aku terpaksa menjadi pengantara cerita sialan mereka! Tidak kurang juga kekangan mereka yang lidahnya bercabang dua. Aku sedang terkena! Sungguh! Manusia yang kononnya bertaraf tinggi. Memuji dihadapan, mengeji bila dibelakang. Shit! Kalaulah, najis ada dihadapan biar saja palitkan keseluruh mukanya. Tapi, aku bukan pendendam. Semua telah rasa. Bukan aku sorang yang terkena! Mak, entri ini penuh emosi! Hahahaha! Ok, aku tinggalkan emosi itu disini. Biar hati ini tenang. heh! Itu tidak dicampur dengan perancangan yang makin bercelaru. Semuanya gara-gara terjadinya manusia yang berperibadikan kurang tanggungjawab. Lari, bila ketemua aku! Hahaha! Rasanya, aku ingin ketawa besar lihat muka pucat itu. Dari aku, kamu dapat lari. Bila hijab itu bertemu kamu? Nah, takkan ada dibagi talian hayat! Atau, di hari yang lain aku harus bertempik "kamulah manusia yang mungkir pada ikrar yang menjadi bia'ah setahun ini!" Tidak, tidak. Aku tidak mahu malukan kamu. Kamu harus malu sendiri. Kalau aku katakan begitu, mungkin 2 tahun kamu menyembunyikan diri! Dalam sujud, rasa ini aku lontarkan. Biar Tuhan dengar. Supaya tiada lagi manusia-manusia yang bersuara sumbang. Aku letakkan diri aku diruang yang sama dengan kalian. Supaya kalian tidak terasakan berbeda hidup kita. Insyaallah, aku akan bertahan diruang sama ini. Selagi adanya kalian- manusia yang mahukan perubahan. Tidak ada kerja yang ada halangan, bukan? Jadi, aku harus melihatnya sebagai peluang!

Sunday, November 15, 2009

Beginilah, Kalau Namanya Manusia....

Salam Semua.

Tadi, selepas mesyuarat pelaksanaan program kerjasama MPP; aku masih menilai keberhasilannya suatu hari nanti. Aku masih melihat perasaan hipokrit, ragu-ragu dan prejudis antara mereka. Mungkin, aku bukan ahli tafsir bahasa tubuh. Tapi, pengalaman sebelum ini banyak mengajar aku. Maaf, bukan semua mereka. Ada yang masih berharap dan akan bertungkus-lumus mengeerjakankannya sebagai ibadat.

Beberapa hari nie, aku masih belum mampu menghembus nafas lega. Berdepan dengan masalah yang sengaja diadakan, ditimbulkan. Semuanya gara-gara peribadi manusia yang selalu suka lari dari tanggungjawab. Kadangkala, aku merasakan diri aku gagal. Gagal membentuk satu pasukan yang bertanggungjawab melaksanakan perubahan. Sehinggakan, aku terpaksa bergantung kepada “kuasa luar”. Dan, mereka masih bersungguh-sungguh melakukannya tanpa mengharapkan balasan. Apakan dunia sekarang berharap kepada balasan atas setiap yang mereka lakukan? Entah….

Hasil dari mesyuarat tadi, membawa aku kepada satu keadaan yang amat memenatkan untuk difikirkan. Apa, bagi mereka cukup sekadar bersuara tanpa ada apa-apa usaha? Pelik, manusia sekarang suka bersuara. Tapi, hasil kerjanya kosong! Lantas, manusia lain menjadi mangsa hamun! Arghhh, peribadi yang menjengkelkan!

Bagaimana sukar sekalipun situasi kali ini, aku akan berusaha mengubah segala persepsi. Mengubah minda aku, mereka dan semua supaya optimis atas segala titik peluh yang akan dikeluarkan. Apa-apapun, aku minta janganlah kamu semua sedar mahu berkata tanpa ada usaha mengubah sikap sendiri!

Beginilah, kalau namanya manusia….

*kolej twintech k.bharu menang dalam perlawanan futsal persahabatan bersama kelate.net malam semalam! (15-11)

Wednesday, November 11, 2009

Katakan Sesuatu.... Tulis, Supaya Kamu Tenang!

Kamu mahu bercakap?! Mari, tuliskan dan katakanlah sesuatu. Supaya kamu berasa tenang, supaya kegusaran kamu hilang.
Jangan bimbang, aku juga ingin berkongsi suara kamu. Teruskan, dan tuliskan..... Peluang datang hanya sekali, belum tentu aku berikan peluang ini pada hari-hari seterusnya. Terima kasih.

Monday, November 9, 2009

Kamu Akan MATI!!! Baca, Kalau Tak Percaya!

Kamu akan mati! Bukan hari ini. Sekarang, nama kamu masih dibawah status KIV. Kerna itu, kamu masih boleh melangkah bangga. Boleh ketawa gembira.

Kamu akan mati! Satu hari nanti. Lantas, apa yang kamu tinggalkan? Nama mahupun pangkat tidak memadai. Tidak setimpal usia puluhan tahun kamu menghirup nafas senang dunia. Padahal, kamu angkuh melakukan dosa.

Kamu akan mati! Bukan hari ini! Tapi, kamu masih terleka. Alasan “masih muda”, alasan insan yang kufur pada nikmat Tuhan. Yang bersembunyi dibalik seronoknya kehidupan dunia.

Kamu akan mati! Sabar saja. Hijab terbuka, selindung tak dapat. Menangis pun tiada guna. Apatah meratap. Kamu tahu apa itu syurga dan neraka?

Kamu akan mati! Bila, itu masih tidak pasti. Sekarang, kamu cuma berjalan dalam lena. Mati, permulaan hidup sebenar-benarnya. Kamu ada 2 pilihan, syurga atau neraka.

Di penghujung hayat manusia itu, adalah mati! Semua gerun, Nabi pun rasakan sakitnya mati. Kamu masih bisa tersenyum(sekarang!). talkin dibaca, akhir dipengkebumian. Jawablah tanpa gentar. Itu soalan wajib bukan markah himpunan peperiksaan. Salah, azab! Betul, kamu terselamat! Sekarang, kamu pilih; syurga atau neraka?!

Kamu akan mati, tapi bukan hari ini. Percayalah!