Saturday, May 30, 2009

Untuk Semua: "Penyakit Susah Tido"

Salam Semua.

Kebelakangan ni, tidur aku diganggu oleh satu sindrom; insomnia (macam ni ke it’s spelling?) atau bahasa kampung aku disebut susah nak tido. Habit ni entah dari mana aku warisi samada dari mak atau bapak aku! Aha!

Biar penat sekali mana pun, aku tak boleh tidur. Paling awal gua dapat tidur pukul 3 pagi. Huh, wtf! Maaf, aku mencarut. Mungkin, kurang sudah nikmat dunia aku. Subahannallah!

Bila aku cuba lelapkan mata, bayangan masalah datang melintas. Senyuman si kekasih sayang plak, selalu mengganggu. Masalah kekasih kedua dan ketiga plak dating! Jangan salahkan aku kalau aku pasang banyak. Memang cita-cita begitu! Tak, tak. Memang rezeki. Harap korang simpan rahsia ni! Hahahahaha!

Paling aku terharu bila aku terasa penat balik dari practical kitchen and restaurant application! Langsung tak bley tido! Aku boleh still playing with Enchi POKER till 2 a.m. tak caye? Come into my house here! Aha! Mesti korang pening tengok habit aku. Padahal, assignment melambak, report lagi. Huh, sungguh pemalas aku ni! ;p Adat la kan, student life. Aku bukan student yang skema, okey. But, aku still submit in time. Jarang sekali lambat. Dan, memang lambat bila aku buat last minute. Hahahahaaha!

Sorry, aku nak cakap pasal this disease. Sape ada jampi serapah ke ape ke yang boleh buat aku senang nak tido? Jangan cakap suruh aku telan ubat tido! Aku karate tengkuk korang! Aha! Mau nya aku “tetido” terus, lagi haru. Huhuhuhuhuh

Penyakit ni, aku sedar da lama bermastautin dalam diri, tapi aku tak boleh nak elak. Lagi-lagi bila aku rasa happy sangat atau bersemangat nak menjalani rutin seharian. Padahal, dalam kelas, aku boleh tido plak bila tiba satu-satu perkara yang buat aku boring. Naseb la baik semester ni, banyak sangat lecturer yang bawak besembang like Mr. William, Mr. Nik Leh etc. And, aku rasa semangat untuk berborak gak. Hahahaahaha!

Paling kesian, bila aku masuk class Sir William. Mana tak, first and second week; aku boleh tangkap lentok dalam class English. Nota yang aku tulis da tak Nampak macam nota. Macam cakar ayam. Nak buat camane, time tu overlap ngan restaurant application. Penat siot. Korang tak rasa! Aha!

Anyway, aku cuba hadapi segalanya dengan senyuman. Tu memang trademark aku. Jangan cakap aku sombong, ok? Ok, aku rasa mengantuk dan aku berhempas-pulas untuk tidur. Doakan aku Berjaya.

Oh ya, this May 30, 2009, nomination day for student council. Aku di calonkan sebagai president. Huhuhuhuh. Dan, aku tak harap aku menang sebab aku tak nak habiskan air liur bercakap ngan Encik Ashaari yang memang terbukti “kepandaiannya”.

Write-off!

Wassalam.

Kaki punya bicara:

Gambar takde kaitan ngan citer ni

Sekadar untuk korang tengok je

Aha!

Wednesday, May 27, 2009

Isu Komunis, Komunisme!

Salam Semua.

Beberapa hari ini, Malaysia begitu panas dengan isu komunis, mungkin perlu disebut komunisme. Kerana, ianya melibatkan ideologi.

Banyak pendapat dikemukan; pro dan koontra. Masing-masing mempertahankan apa itu ideologi dan mahu menjadi wira kepada sejarah. Maaf, kalau kenyataan ini menyinggung perasaan kepada wira-wira negara yang nama mereka tercatat dalam sejarah tapi bukan sebagai pendukung ideologi komunisme. Aku menulis bukan memaksa kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia ataupun mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah. Tidak dan tidak akan!

Aku cuma melihat ini semua dari sudut pedalaman “sejarah”. Aku akui diri ini masih naïf mengenai sejarah skema buku teks sekolah menengah. Dan, atas sebab itu jiwa ini mahu mengkaji bukan mendalami dan mengikuti. Aku masih tidak boleh menerima 100% sejarah yang ditulis tanpa sebarang kontra. Bukan mahu mengiktiraf kebolehan diri, tapi aku mahukan sejarah yagn ditulis atas nama “kebenaran”.

Sekalipun, kita menolak ideologi yang diperkenalkan Karl Marx tapi kita tidak boleh menafikan peranan PKM dalam pembentukan negara Malaysia yang merdeka. Itu pendapat aku. Maaf Datuk-Datuk Menteri! Kenapa mereka masih dinobatkan dengan title “komunis” sedangkan mereka mengakui “SEMUA SUDAH BERAKHIR” dan hanya ada “KENANGAN&KEBENARAN”. Salahkah bagi mereka untuk mengetengahkan kembali kenangan supaya golongan muda mengetahui sejarah pembentukan negara juga pernah mengalir darah komunis demi kemerdekaan?

Apa yang menjadi persoalan bagi aku; kenapa bila sesudah mereka meninggalkan dunia, baru mereka dikatakan sebagai “pejuang” . sedangkan ketika hayatnya, memegang title “komunis”.

Ya, memang benar PKM itu ganas, PKM itu jahat! Tapi, tidak bolehkah mereka menulis sejarah atas nama “kebenaran”? Baikkah, British? Adilkah mereka dalam mengagihkan hasil-hasil Negara kita? Bagaimana dengan mereka yang dirogol, dibunuh oleh British? Mereka yang difitnah? Dato’ Bahaman, Mat kilau dan ramai lagi. Difitnah, dikecam dan dikhianati! Bukan oleh bangsa lain, tapi bangsa Melayu sendiri! Kita kemudiannya, percaya (pada masa itu) kepada dakyah British atas nama “kebodohan”. Sekali lagi, maaf. Sejarah ditulis semula. Merekalah tokoh, Dato’ Bahaman, Mat Kilau. Sehingga kini, kita akui bahkan bangga menyebut, “Aku cucu Mat Kilau”!

Maka, tidak salah rasanya menulis semula sejarah PKM. Tidak hanya dikenali kerana kezaliman mereka. Tapi, keringat PKM pernah mengalir untuk Negara. Kemudian, disambung oleh Tunku. Itu, kita semua akui. Aku masih ingat, ketika sekolah dulu; guru Sejarah ditanya mengenai PKM. Jawapan ringkas, “mereka cukup kejam”. Pernahkan kita selami sedalam-dalamnya jiwa mereka? Kejam yang bagaimana?

Sekarang, sejarah akan kembali. Ahli sejarah pernah mengatakan, “sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Pendapat itu tidak silap. Merentasi releung-relung masa; kini tiba masa untuk kita memerhatikan sejarah dari aspek yang matang. Jangan hakimi sebelum kita menilai.

Di akhir ini, aku meminta maaf kepada semua bekas-bekas anggota tentera negara, ahli keluarga mereka yang cedara parah, mati terbunuh sepanjang operasi membanteras komunis. Artikel ini tidak bertujuan mendukung atau menjunjung mereka sebagai wira 100%; apatah lagi menerima Chin Peng kembali ke Malaysia tapi sekadar mahu sejarah itu ditulis semula dari luar lingkungan kebiasaan penjajah British. Ingatlah, anda semua adalah wira negara; cuma berlainan ideologi.!

Rujukan:

1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya

2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Baling

3.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebangkitan_Semula_Pengganas_Komunis_(1968-1989

4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Haadyai