Salam Semua.
Beberapa hari ini, Malaysia begitu panas dengan isu komunis, mungkin perlu disebut komunisme. Kerana, ianya melibatkan ideologi.
Banyak pendapat dikemukan; pro dan koontra. Masing-masing mempertahankan apa itu ideologi dan mahu menjadi wira kepada sejarah. Maaf, kalau kenyataan ini menyinggung perasaan kepada wira-wira negara yang nama mereka tercatat dalam sejarah tapi bukan sebagai pendukung ideologi komunisme. Aku menulis bukan memaksa kerajaan membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia ataupun mengiktiraf PKM sebagai pertubuhan yang sah. Tidak dan tidak akan!
Aku cuma melihat ini semua dari sudut pedalaman “sejarah”. Aku akui diri ini masih naïf mengenai sejarah skema buku teks sekolah menengah. Dan, atas sebab itu jiwa ini mahu mengkaji bukan mendalami dan mengikuti. Aku masih tidak boleh menerima 100% sejarah yang ditulis tanpa sebarang kontra. Bukan mahu mengiktiraf kebolehan diri, tapi aku mahukan sejarah yagn ditulis atas nama “kebenaran”.
Sekalipun, kita menolak ideologi yang diperkenalkan Karl Marx tapi kita tidak boleh menafikan peranan PKM dalam pembentukan negara Malaysia yang merdeka. Itu pendapat aku. Maaf Datuk-Datuk Menteri! Kenapa mereka masih dinobatkan dengan title “komunis” sedangkan mereka mengakui “SEMUA SUDAH BERAKHIR” dan hanya ada “KENANGAN&KEBENARAN”. Salahkah bagi mereka untuk mengetengahkan kembali kenangan supaya golongan muda mengetahui sejarah pembentukan negara juga pernah mengalir darah komunis demi kemerdekaan?
Apa yang menjadi persoalan bagi aku; kenapa bila sesudah mereka meninggalkan dunia, baru mereka dikatakan sebagai “pejuang” . sedangkan ketika hayatnya, memegang title “komunis”.
Ya, memang benar PKM itu ganas, PKM itu jahat! Tapi, tidak bolehkah mereka menulis sejarah atas nama “kebenaran”? Baikkah, British? Adilkah mereka dalam mengagihkan hasil-hasil Negara kita? Bagaimana dengan mereka yang dirogol, dibunuh oleh British? Mereka yang difitnah? Dato’ Bahaman, Mat kilau dan ramai lagi. Difitnah, dikecam dan dikhianati! Bukan oleh bangsa lain, tapi bangsa Melayu sendiri! Kita kemudiannya, percaya (pada masa itu) kepada dakyah British atas nama “kebodohan”. Sekali lagi, maaf. Sejarah ditulis semula. Merekalah tokoh, Dato’ Bahaman, Mat Kilau. Sehingga kini, kita akui bahkan bangga menyebut, “Aku cucu Mat Kilau”!
Maka, tidak salah rasanya menulis semula sejarah PKM. Tidak hanya dikenali kerana kezaliman mereka. Tapi, keringat PKM pernah mengalir untuk Negara. Kemudian, disambung oleh Tunku. Itu, kita semua akui. Aku masih ingat, ketika sekolah dulu; guru Sejarah ditanya mengenai PKM. Jawapan ringkas, “mereka cukup kejam”. Pernahkan kita selami sedalam-dalamnya jiwa mereka? Kejam yang bagaimana?
Sekarang, sejarah akan kembali. Ahli sejarah pernah mengatakan, “sesiapa yang melupai sejarah, pasti akan mengulanginya semula”. Pendapat itu tidak silap. Merentasi releung-relung masa; kini tiba masa untuk kita memerhatikan sejarah dari aspek yang matang. Jangan hakimi sebelum kita menilai.
Di akhir ini, aku meminta maaf kepada semua bekas-bekas anggota tentera negara, ahli keluarga mereka yang cedara parah, mati terbunuh sepanjang operasi membanteras komunis. Artikel ini tidak bertujuan mendukung atau menjunjung mereka sebagai wira 100%; apatah lagi menerima Chin Peng kembali ke Malaysia tapi sekadar mahu sejarah itu ditulis semula dari luar lingkungan kebiasaan penjajah British. Ingatlah, anda semua adalah wira negara; cuma berlainan ideologi.!
Rujukan:
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malaya
2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Rundingan_Baling
3.http://ms.wikipedia.org/wiki/Kebangkitan_Semula_Pengganas_Komunis_(1968-1989
4. http://ms.wikipedia.org/wiki/Perjanjian_Haadyai
10 comments:
Tidak salah untuk kita mencari kebenaran..
Benarlah PKM itu kejam dan ganas tapi betulkah Penjajah British itu baik?
Siapa pejuang bangsa kita ?
Cuma satu yang kita takut, ada kalangan pemimpin politik negara ini yang akan jadi pejuang kepada penjajah atau penganas pada hari ini....
Salam Gagak,
Itulah yang cuba diketengahkan mereka. Ada yang mahu menyingkap kebenaran, ada yang mahu "mempolitikkan".
Salam.
Kita mungkin sependapat.
Aku sendiri merasakan sejarah wajar ditulis semula.ehehe
Minda kita disogok dengan pelbagai kebaikan satu pihak sehingga menganggap satu pihak itu sangat baik.
Kita disogok dengan kejahatan satu pihak sehingga menganggap satu pihak itu sangat syaitan.
Xgitu?
Satu penilaian yang bagus..
Usaha revisionism dari generasi muda!
Salam Semua,
pie,
Ya, kita disogok atas kepentingan dan memadamkan sejarah "tertentu".
Si Pekik A.K.A Si Pekak,
Terima kasih kerana berkongsi pendapat.
Ini sekadar pandangan saya. Terima atau tidak terserah kepada "kebijaksanaan" intelektual Malaysia.
mereka yang hanya percaya pada teks Sejarah SPM semata-mata mengatakan PKM itu adalah ganas dan jahat..
apa yang kau keluarkan itu tidak salah wahai meet uncle shah.aku sokong kau..
komunis bukanlah wira negara dik.kalau mereka berjaya dah tentu negara ini bernama republik of comunist malaysia (agak gua lah kot )kau jangan harap nak ada parti umno ke parti pas ke pkr ke semua jangan mimpi.sejarah komunis bukanlah ditulis oleh british sahaja tetapi dari pengalaman kita selepas merdeka dik.kalau tak disebab kan komunis dah tentu saudara kita kat pattani tu dah aman damai dalam malaysia ni.tak paham tak pe baca buku banyak banyak baru boleh buat kesimpulan yang baik. banyakkan bertanya orang orang tua .jangan pandang orang tua tua tu tak dak harga mereka lah yang merasa .daripada kau memperjuangkan keadilan yang kau sendiri pun tak tahu hujung pangkal baik kau tolong bekas bekas pasukan keselamatan yang masih terabai tu .jangan sebab nak suruh orang tenguk kau pandai kau melalut tak tahu hujung pangkal.maaf jugak kalau terasa assalamualaikum...
Membawa Pulang Chin Peng Adalah Tidak Salah.
Tetapi Apa Yang Dikhuatiri Dan Ditakuti Adalah Pada Ideologi Komunisme Itu.
Susah Kita Mahu Pastikan Samada Chin Peng Benar² Sudah Melupakan Perjuangannya. Mungkin Kita Yang Tidak berada Pada Zaman Perang Mudah Untuk Mengatakan "Maaf" Kepada Mereka. Tetapi Tidak bagi Askar² Melayu Yang Pernah Bertempur Dengan Komunis. Kemarahan Dan Api Penderitaan Yang Mereka Deritai Selama Ini Tiada Tolok Bandingnya Lagi.
Apatah Lagi Bila Anggota Komunis Yang Sanggup Membuang Senjata Telah Dikurniakan Tanah, Tetapi Tidak Bagi Rejimen Askar Melayu. Mereka Yang Hilang Kaki & Anggota Badan Yang Lain Hanya Hidup Berbekalkan Duit Pencen Mereka.
Apakah Kita Sanggup Melihat Perkara Ini Berulang Lagi?
Chin Peng Adalah Seorang Yang Degil. Degil Untuk Menyerah Kalah. Degil Untuk Membuang Senjata. Apakah Orang Yang Degil Dan Telah Membunuh Ribuan Nyawa Boleh Berubah Begitu Sahaja?
Akhir Kata, Sentiasalah Ingat bahawa Ideologi Komunisme Berasal Daripada Karl Marx. Karl Marx Adalah Pemimpin Tertinggi Zionis & Pemimpin Tertinggi Gerakan Freemason. Kumpulan Itu Adalah Sayap Kanan Bagi Pergerakan Yahudi. Inilah Agenda Dari Protokol ZIONIS. Agenda Yang Telah Menyembelih Ratusan Ribu Nyawa Umat Islam Di Palestin.
Salam Semua,
Kepada Semua,
Terima kasih kerana berkongsi pendapat.
Dari awal lagi saya tegaskan ini sekadar pendapat, bukan provokasi. Terima atau tidak bukan masalah besar bagi saya. Kami orang muda punyai cara tersendiri memahami dan mendalami sejarah.
Sejujurnya, saya amat kesal amat tidak adil bagi mereka yang berjuang dalam PKM atas nama kebebasan dipersalahkan 100%. Bagaimana kepada mereka yang pernah "tewas" kepada British dengan mengkhianati perjuangan?
Kita tidak boleh menilai sesuatu dari permukaan. Begitu juga sejarah. Bukan pula saya memaksudkan sejarah kita ditulis 100% penuh pembohongan. Tidak!
Melalui pembacaan, saya yakin bukan semua perkara kita terima 100%. Tidak banyak, sedikit pasti akan kita timbulkan keraguan pada fakta yang dicatatkan.
Saya bersetuju kepada pendapat Saudara Qaiyum. Perjuangan Chin Peng tidak akan dilupakan. Begitu juga peristiwa yang menjadi rentetan kepada perjuangan PKM.
Apapun, sejarah adalah sejarah. Bagi anda golongan intelektual, sejarah PKM harus diperkemas dengan kejahatan. Tetapi tidak bagi saya. Hukum karma mungkin adalah pegangan dunia sekarang. Tetapi, perlu diingat bukan semua kekejaman ditimbal dengan neraka.
p/s:
Ini sekadar pendapat peribadi. Bukan satu provokasi.
Saya bukanlah seorang yang mengetahui segalanya tentang sejarah, namun saya mengetahui tentang ideologi komunis yang menolak agama. Jadi, kita sebagai seorang Melayu Islam, wajar untuk menyokong agama kita sahaja keran Al-Quran adalah rujukan terbaik, dan sunnah amalan terbaik. Jadi di sini, dalam sejarah, terdapat ramai tokohnya tersendiri bagi sesiapa yang menyokong sprti contoh, yang menyokong melayu, mengaggap melayu sebagai wira.(Melayu memang wira kerana mempertahankan Tanah Air),. Jadi di sini, jika sejarah dicatat secara TELUS, kita akan nampak motif perjuangan masing-masing, dan di situ kita akan dapat simpulkan siapa yang hak dan batilnya. Hanya melontarkan pandangan sebagai Melayu Islam.
Post a Comment