Salam Semua.
Seharian ini, Malaysia sering "dikacaukan" dengan pelbagai isu. Baik isu kemasyarakatan, kebajikan, juga pendidikan. Ini semua dijadikan isu politik yang memalukan. Mungkin ada ketika kita menganggap sebagai "perjuangan suara rakyat" bahkan ada yang mengaggap ia "perjuangan peribadi" demi mencapai matlamat diri, dendam yang belum terbalas, kekuasaan, pangkat juga legasi(???).
Program-program politik dirakam atas nama rakyat. Keagamaan menjadi alat politik murahan. Tidak sukar menelitinya jika ada kesedaran menjaga kemakmuran, keamanan yang pernah dinikmati dulu. Bukan reformasi, jauh sekali transformasi kepimpinan parti. Ideologi yang menghancurkan negara, sebenarnya! Rakyat tersepit, antara kebenaran, politik, juga kebatilan. Hairannya, kebenaran diselindungkan!
Pemimpin disanjung, atas dasar apa? Parti? Bangsa? Agama? Atau, ideologi? Kemenangan pilihanraya?! Sungguh, rakyat/pemuda/belia hanya medium yang diguna untuk meraih undi. Diusung, dan hilang maruah hanya kerana RM50 yang diberi?! Huh, sungguh memalukan! Lagi perit, jika agama dipermainkan!
Entri ini, bukan menyokong mana-mana parti. Harap pembaca semua fahami. Ini suara anak muda peringkat bawahan. Bukan somebody yang punya nama, jauh sekali pangkat mahupun kekayaan. Ini adalah "KESEDARAN". Parti takkan ke mana, pangkat sekadar hanya di dunia. Jika korupsi, kebatilan yang kami warisi; apa akan jadi kepada generasi seterusnya. Sumpah, aku tidak sanggup menceritakan keburukan ini kepada waris generasi. Kalau ada pun, cuma menulis atas dasar peribadi. Kerana sejarah negera dipalit kekotoran, yang tidak mudah dibersihkan menggunakan peluntur cucian!
Ada baiknya, jika ada satu usaha mengembalikan semula erti keamanan, kestabilan. Bukan melempar janji kosong, atau konsep 1Malaysia, atau Melayu Glokal yang hanya diusaha untuk setahun dua. Kemudian, diuar-uarkan sebagai konsep yang berjaya memenangi hati rakyat dan ditiru seluruh dunia! Sungguh, ini politik dusta!
Tanyakan kepada orang kampung, fahamkan kepada mereka "melayu glokal". Jujur, hanya makian akan diterima. Habis faham pun, sekadar anggukan kosng; tiada sebarang makna! Hahahaha! Maaf, ini bukan menghina. Ini realiti. Apatah, lagi konsep 1Malaysia, mungkin cacian akan diterima!
Kenapa harus diperkenalkan konsep yang samar-samar? Bagaimana, dengan Wawasan 2020? Bagi aku, Wawasan 2020; biarpun masih "kabur-kabur" tapi "kepesatannya" terasa! Ada inspirasi dalamnya! 1Malaysia? Satu haram, aku tak faham! Tolong fahami aku kalau anda benar-benar menghayati konsep ini. Konsep dan pengisian dari segi istilah dan kefahamannya! Supaya senang aku yang dari bawahan ini memahaminya.
Jangan salahkan belia, jika konsep-konsep ini mengalami kegagalan. Bukan kami tidak cuba memahami, cuma terasa hati. Tapi, siapa kami untuk mempersoalkan ideologi-ideologi golongan intelek seperti mereka? Jangan salahkan mat rempit, kerana mereka terus merempit. Jangan salahkan penagih dadah, jika mereka terus menagih. Jangan lemparkan tuduhan kepada kami yang merewang ke tengah malam. Bukan kami tiada kesedaran, cuma kami tidak mahu dipermainkan. Kami golongan bawahan, bila-bila masa akan dijatuhkan atau dituduh dengan macam-macam tuduhan dan cubaan.
Cuma satu ingin kami tegaskan: Kami bukan boneka, yang tahu mengangguk, patuh pada konsep dusta! Kami mahukan ketelusan, sepertimana Pak Lah melepaskan BPR ke kepompong
bebas! Kami mahukan keadilan, bukan reformasi. Bukan politik adu-domba! Bukan politik dusta!
Antara kami, dan kepimpinan; mungkin kami adalah pewaris. Pemimpin masa depan, seperti yang dilaungkan pemimpin, Belia Pelapis Negara! Tapi, kami bukan mahu mewarisi kekotoran dan menjawab kerana dosa pemimpin semalam!
No comments:
Post a Comment