“PRA”
~
Saat ini,
Mungkin kau masih bergelumang pada buku juga tugas harian.
Antara masa,
Diri.
Keluarga.
Pada pengorbanan anak bangsa
Kau luahkan segalanya.
~
“MURID”
i.
Leteran mu,
Selalu membingit telinga.
Nasihatmu,
Pada kami saja-saja buang masa.
ii.
Pada kami,
Pukul berapa habis masa!
Pada kami,
Kau dulu pun sama juga!
iii.
Arghhh,
Betapa hina kalau dicerita semua!
Pada kami,
Memang bahagia jika kau tiada!
iv.
kini,
baru kami sedar.
Nasihat mu,
Bukan sekadar bicara.
Leteran mu,
Impian kerana kasih anak bangsa!
“GURU”
i.
Hadir ku,
Bukan untuk sia-sia.
Ilmu ku,
Bukan pada praktikum saja.
ii.
Murid ku,
Pada mereka kami bercerita,
Derita kami
Hidup kami sebelumnya
Hidup kami selepasnya
Tapi,
Bukan semuanya!
iii.
Kami datang membawa harapan
Mahukan kalian pulang bersama kejayaan!
iv.
keinginan kami
tiada penghujungnya
melihat cemerlang kalian
sudah menjadi satu kepuasan.
Derita kami
Biar saja golongan pendidik ketahui.
Tiada niat,
Mahu mendewakan diri
Sekadar bergurau
Bersama murid yang mengharum
Keringat kami!
“PULAU KASIH SEORANG GURU”
i.
Kini,
Aku baru sedari
Hubungan kita bukan sekadar sesi petang, sesi pagi.
Jalanan renangan ilmu kami
Tidak kosong,
Kami bawa
Nasihat kalian
Leteran kalian
Yang dulunya menyakitkan hati!
ii.
Kini,
Baru aku fahami.
Letak belakang sekolah kampung
Sekolah bandar
Pulau kasih guru
Memang tak berbelah bagi!
iii.
Kini,
Baru aku terjaga
Marah kalian bukan kerana emosi semata.
Sentiasa dihadapan
Tak kira
Orang ulu, orang seberang.
Ilmu mesti diteruskan!
iv.
semalam,
baru aku fahami
kerjaya mu setakat duduk bersenang lenang
tapi,
cerita kami yang kini mengisi masa depan!
Luahan:
Tinggal beberapa hari lagi, Hari Guru Malaysia akan diraikan. Pada aku, bukan lagu Kami Guru Malaysia yang harus diingatkan. Itu peranan belakang tulang orang dalam kementerian. Bukan peranan guru, untuk tunjukkan kesetiaan.
Bagi aku, peranan-pengorbanan-derita-penderitaan guru yang harus diceritakan supaya takder lagi citer parent yang suka saman-menyaman! Bukan setakat berkata; “jadi cikgu, kerjanya senang”; “takkan murid berapa kerat orang, guru tak pandang depan belakang”! Stop it! Semua tu cuma jangkaan korang.
Pada aku, biarpun cuma bergelar sepupu seorang guru, tapi cerita itu dan jadual mereka buat aku terkelu! Bukan senang nak jadi guru! Jiwa kacau, habis serabai 7 keturunan korang bodoh macam batu! Maaf, kalau bahasa aku kasar sikit. Sebab, aku sakit hati, bila aku ke SEMELA aritue, ada student menjawab secara biadap a.k.a kurang ajar tahap anjing pada cikgu aku!
Aku tulis ni, bukan mahu tunjuk aku murid baik, humble, polite! No! Tapi, atas kesedaran! Khilaf manusia, bukan sesuatu yang wahid bila dibicarakan! Bukan mengharap pada pujian! Biarpun ada kata cikgu aku yang masih melekat yang berbaur pujian.
Arghh, aku masih memuji diri sendiri! Aha!
Aku tak nak membebel panjang, takut ada kontroversi di hari belakang. Pesan aku, tak kira dari cikgu tuisyen ke cikgu IPT, mereka masih sama. Berdepan, berjuang dengan isu-isu pendidikan dunia teknologi. Moral, peribadi sapu habis jadi isu politikus sejati. Padahal, time sekolah dulu korang jugak yang jadi dajal sejati! Nasib je baik jadi menteri, kalau tak cerita dari jarring-jaring besi je korang! Hahahaha!
Kepada bekas guru-guru ku, guru semasa, sepupuku seorang guru, sahabat ku bakal seorang guru, professional yang menabur bakti dalam didikan ilmu “PEDULIKAN KATA-KATA POLITIKUS SEJATI”!
Budi, jasa, keringat kalian aku tak lupa sekali-kali! Antara kita mungkin terpisah kerana masa, cerita, usia, tapi tanpa kalian jalanan ilmu kami takkan pernah bermakna!
“Salam Untuk Pulau Kasih Seorang Guru!”
10 comments:
ni yg ku taubat membaca..Bnyk salh kmi ni arh cigu sob sob sob :(
ko mo taubat??
haha!!;p
kau tu bawa2 aku kutuk cigu dulu hahaha
Salam Semua,
Momoi,
Bertaubatlah, sebelum ko bernafas di hujung nyawa! ;p
Zay_Gon,
Sebelum ko mengucapkan selamat hari guru better ko minta maaf dlu arah "power rangers" yang penah ko ucapi!
Aha!
woi sid!!
ko yg ucapi ya dl..
pa plg aku..
asal ja ya m'lintas ko bnyikn jam "pwr ranges"!!
asal ja ya x dtg klas ko ckp la lwn raksasa!!
hahahahaha!!;p
i feel touched by your poem. thanx shahzul... i really appreciate it, on behalf of the other teachers!
hye madam zimah..
lama x jumpe..
mis u!!
hehe..;)
jahat2 nya kmu ni bwa taubat siehh...kmi pun pernah kna soun dgn P.R ish222..insaf lah koarng sbelum koarang di insaf kan
Salam Semua,
Madam,
A tribute to my all friends, my teachers, my mentor.
Cha Ong,
Ilham tu datang dari kesamaan watakmu dengan PR tu! Hahahaha!
Momoi,
Biarlah PR tu, aku liat epy udah bersama kekasih hatinya tu! ;p
huhu...sweet..
Post a Comment