gelanggang bacul
tak menang tapi bersorak
tak sedar maruah hilang tergadai.
gelanggang bacul
patutnya satu lawan satu
nak menang panggil datang bawak kaum
biar kalah maruah janji menang dalam kaum.
hati mati, kelu dalam gelanggang bacul.
cakap belakang tak teragak.
cakap depan tergagap tak terucap.
gelanggang bacul
takkan bubar.
duduk dalam kaum
rehat dengan kaum.
santai dengan kaum.
ptuih!
tak cukup putus urat, air ludah bersepah-sepah!
perihal manusia.
Wednesday, December 26, 2012
Monday, December 17, 2012
untuk siapa?
Selalu sangat kita dengar dan kita ucapkan, "ingat sikit orang belakang" atau paling tidak kita ucap; "ingat sikit masa belakang". Selalu dan kerap.
Entah untuk memotivasi atau sekadar kata-kata pemanis bicara. Dan, tanpa sedar bila kita kita tersedar dengan situasi; itu sebenarnya kita memasuki satu ruang bernama kedewasaan. At the same time, ianya sedikit sebanyak mengingatkan tentang masa-masa pada saat kita dalam keadaan rabak, selekeh, tidak terurus.
Helaian-helaian kehidupan yang satu ketika dulu kita tangiskan kerana kehilangan, Allahuakbar kembalikan. Kegembiraan. Tapi, jarang kita bersyukur. Pencerahannya, kita kembali kenal diri, kenal kepada Tuhan. Kembali kepada fitrah manusia. Itu, satu turning point yang bila tiba masanya; kita kembalikan diri pada jalan keTuhanan.
Pada masa ni, kita masih sibuk selongkar masa depan. Kita cakar, kita sepak, kita terjah halangan yang entah apa-apa. Pendek kata, lu redah ikut suka. Nak hidup brader!
Tapi, hari ini aku sendiri tak berapa yakin sangat nak buat serupa macam masa belakang dulu. Jauh sekali nak ingat atau ambil peduli pada orang-orang belakang. Cerita dulu-dulu. Dah malas nak ambil kisah. Dah hidup dalam dunia baru, cerita-cerita masa belakang ni kalau boleh patut tutup serapat-rapatnya. Aku nak tutup dan kunci dalam satu ruang infiniti. Satu ruang, yang biar masa saja yang bercerita tentang kisahnya.
Aku sendiri sebenarnya dah rasa lain. Aku dah jarang ber-sarka. Jarang sangat. Ini ketenangan bila aku kembalikan diri kepada kota kelahiran. Allahurrabi. Dengan tanggungjawab kerjaya dan keluarga, aku rasa; aku dah perlu tinggalkan sedikit keseronokan usia muda. Be matured. Kata-kata, "you still younger" ni aku dah lupa. Sebab, tak ramai tahu sepak terajang yang pernah aku rasa. Ya, dalam usia yang masih muda ni.
Mungkin, aku patut buku kan cerita ni. Mungkin. Dan, entri ni aku tak tau nak tuju pada siapa. fuhh.....
gua dah rilek-rilek.
Thursday, December 13, 2012
selamat malam sayang
selamat malam sayang,
ini orang gila kesayangan kamu mahu berimaginasi
bukan khayalan masa lalu.
selamat malam sayang,
ini arjuna mimpi realiti kamu mahu bersama
puitis tinggi bahasa cinta.
selamat malam sayang,
maafkan jika pembaringan kamu terganggu.
maafkan jika gurauan kebelakangan, kamu terasa hati.
maafkan jika kekasaran berlaku.
maaf, maaf dan maaf.
ini mimpi yang jadi realiti.
biar tiada lagi termimpi bidadari
kerna aku tahu, kamu sudah di sisi.
selamat malam sayang,
semoga esok pagi, dan selepasnya kamu jadi makmum yang paling sejati.
semoga esok pagi, dan selepasnya kamu jadi makmum yang paling sejati.
yang paling setia menanti dan menemani.
LabuanTheGreat,
Pulau Kelahiran.
Disember 2012.
Saturday, November 17, 2012
tak ada untungnya untuk orang gila macam aku.
tapi kau tetap iya kan.
mungkin kau rasa terabai, tapi kau pendam.
mungkin sebab, ini habit yang sudah jadi kau punya kebiasaan.
makan bertahun.
membebel? aku rasa kau dah jenuh.
dah berbuih.
bukan sekali dua. tak terkira.
mungkin kau sedar, aku buat benda ni sebab kau.
aku tak nak benda-benda macam ni jadik penghalang ke jalan Tuhan.
dunia dan ketuhanan, aku cuba seimbangkan.
sebab,
jalan yang bakal kita lalui masih panjang.
tingginya angan dan impian. harapan juga kebahagiaan
pada Tuhan bakal kita persembahkan.
aku tau,
lewat malam bujang ini; selalu ada keresahan.
gangguan iblis syaitan yang entah apa-apa.
Tuhan,
pulihkan aku dari kegilaan ini.
#LabuanTheGreat #DemiCinta #TillJannah.
17-11-2012.
Monday, November 12, 2012
November Rain 2012.
kadang-kadang,
kita bagi peluang yang entah apa-apa kepada hidup sendiri.
keluh kesah
gembira duka
tangis ketawa
pengisian juga entah apa-apa.
fasa-fasa kehidupan yang sudah kita lalui
frasa-frasa bahasa kehidupan
guru-guru juga ilmu kehidupan
kematangan juga keanak-anakan
entah apa ada cerita di sana, sehingga kita jadi seperti hari ini.
sampai sekarang, point of view kita berubah.
tiada lagi caci maki kehidupan
tiada lagi celaka-celaka paling nyata
jadi, apa yang aku tunggu lagi di sini?
oh ya, sedang menunggu hari rupanya.
#LabuanTheGreat
Friday, November 2, 2012
siapa tiru siapa?
Akhbar Daily Express hari ini menggunapakai tajuk besar "No Bridge Promises". Saya hanya ketawa kecil kerana sudah menjangkakan jawapan sedemikian waima sebelum kehadiran YAB Timbln. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin 2 hari lalu.
Saya konsisten untuk mengatakan TIDAK kepada pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok kerana yakin ianya bakal menjejaskan reputasi ekonomi Labuan sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir.
Kita tidak perlu mengambil perbedaan dengan mengumpan isu Jambatan Pulau Pinang I & II kerana saya yakin wakil-wakil kerajaan yang ada sekarang bijak membuat perancangan ekonomi dengan tidak menggadaikan status sedia ada Labuan sekarang. Warga Labuan The Great harus sedar, membina sesebuah empayar juga perlu perancangan yang bukan hanya memakan masa 3 atau 5 tahun lamanya. Untuk kerja-kerja pelaksanaan mungkin, ya tetapi tidak untuk ekonomi masa panjang.
Suara-suara yang mewakili politik minoriti kadang kala perlu diketepikan kerana ekonomi dan sumbernya tidak terhad kepada kuasa politik semata-mata.
Mekanisme yang perlu di ketengahkan sekarang cuma memberi tender terbuka pengangkutan air demi memastikan operasi dan pelaksanaannya sempurna dan terkawal. Saya percaya mekanisme yang telus, jujur dengan hasrat memberi kemudahan sempurna kepada masyarakat itu lebih elok dan terpuji daripada kita gah mengetengahkan pemimpin yang entah apa-apa.
Sudah tiba masanya kita menerima keputusan ini dengan hati terbuka meskipun idea jambatan itu dicetuskan sendiri oleh mantan PM kita, Tun Abdullah Ahmad Badawi sedikit masa lalu.
Sekarang, kita tanyakan kepada wakil suara politik minoriti; idea pembinaan jambatan ini siapa yang tiru siapa?
heh.

Tuesday, October 30, 2012
panggil balik spirit.
aku cuba menulis balik
dengan idea-idea baru penulisan
dengan bahasa-bahasa kasar pemahaman.
tapi,
entah lah spirit macam hilang.
mungkin sebab aku dah buang semua kemarahan
mungkin sebab aku dah membesar.
mungkin jugak, pulau kecil ini tenang dengan sunset, dengan sunrise.
nak toleh ke belakang
takut amarah jadi dendam.
cehh.macam haram.
panggil balik spirit.
ini malam, aku seru dengan nama Allahuakbar.

Tuesday, October 9, 2012
malam- kalau dia mampu luahkan
apa-apa yang terpendam
apa-apa yang tersimpan
betapa makna yang terdalam tentang kehidupan
maka, aku percayalah
disana lah kita berbicara
tentang hati, juga perasaan.
malam, kalau saat ini kita bicarakan
realis mahupun gagalis
kita mahukan kesempurnaan
baik tentang hati juga kehidupan.
duduklah sebentar
bicara kita bercerita sepanjang malam
dan, aku mahu kau rasakan
yang kau tak ditakdirkan sendirian.
hampiri hati aku sayang
biar kita berdampingan sehingga malam menghilang
untuk kita cari kesempurnaan kehidupan.
p/s:
separuh dari kehidupan telah aku temukan.semoga kau dan aku berterusan berpimpin tangan menuju Jannah Tuhan.

Wednesday, September 26, 2012
Sindiket Pelacuran Minda IPT - racun political paling teruk.
Saya terpanggil menulis tentang isu Pilihanraya Kampus IPTA setelah diajukan rakaman video yang dirakam di UTHM di Selatan Tanah Malaya. Mungkin ia boleh dinamakan sebagai perjumpaan sulit atau mungkin perjumpaan tidak rasmi. Siapa yang hadir tidak berapa penting bagi saya, kerana intipati yang disampaikan oleh tuan moderator itu begitu menarik minat setelah beberapa hari saya mengikuti perkembangan juga kematangan pemimpin-pemimpin kampus IPTA bertanding dalam usaha mengetengahkan idealogi masing-masing.
Kita tidak boleh menafikan yang; sedikit sebanyak perkembangan pergerakan mahasiswa hari ini di dorong oleh beberapa transformasi juga reformasi politik Federal yang menyaksikan seolah-olah kita berada di tahun 70-an. Tahun di mana, pergerakan mahasiswa begitu pesat disuntik dengan semangat demostrasi jalanan, suara-suara idealism, juga unsur-unsur penentangan ke atas doktrin-doktrin kerajaan.
Bagaimanapun, pemimpin ulung pada masa itu seperti Anwar Ibrahim, Ibrahim Ali, Hishammudin Rais (sekadar menyebut beberapa nama) tidaklah terlalu dangkal dengan menyokong penuh atau mungkin juga tidak keterlaluan ke arah menyokong haluan kiri.
Flash back sejarah kuasa pelajar dari jalanan itu telah melakar beberapa peristiwa sehingga mendorong AUKU digubal bagi menyekat pelajar terpengaruh dengan doktrin-doktrin haluan kiri yang tidak dihalalkan oleh kerajaan. Maaf, tidak keterlaluan rasanya jika saya menulis sekatan itu berjaya apabila rentak perjuangan aktivis pelajar mula perlahan. Dan, ada juga beberapa nama tenggelam ditelan masa dan perubahan zaman.
Hari ini, cabaran besar menyekat perkembangan pergerakan mahasiswa telah dilonggarkan. AUKU seumpamanya memberi semula hak pelajar untuk membuat pidato umum secara terbuka juga memberi kebebasan untuk pelajar aktif dalam persatuan politik.
Satu perkara yang perlu diingatkan; sejauh mana pergerakkan mahasiswa ini perlu diberi perhatian. Menabur janji manis seumpamanya, serta menyuntik mereka dengan semangat nasionalism yang membabi buta bakal merosakkan kredibiliti juga martabat student legaslative itu sendiri.
Ini didorong oleh brainwash injection oleh barisan kerajaan juga pembangkang dalam usaha meraih minat untuk menjadikan platform kedua-dua barisan ini sebagai alternatif perjuangan mereka. Lihat saja contoh Adam Adli. Lantaran terlalu sibuk dengan perjuangan mendemokrasikan pergerakan mahasiswa; disogok dengan manipulator agung Datuk Seri Anwar Ibrahim; tidak keterlaluan jika ditulis beliau terlalu kepingin untuk bergelar HERO. Begitu juga dengan pimpinan pro kerajaan. Anda tidak perlu terpekik terlolong melaungkan sentimen pro kerajaan tanpa mengetengahkan idea-idea segar dalam memastikan kedudukkan yang selesa untuk ditarik barisan muda parti kerajaan. Tidak perlu!
Kualiti pemimpin yang seringkali dilupakan ialah idea segar ketika berhujah. Bukannya di dorong oleh sentimen kesetiaan yang membabi buta!
Sebagai bekas pemimpin pelajar, saya berpendapat dalam proses menghasilkan produk berkualiti kepimpinan, pemimpin MPP perlu dielakkan daripada elemen politik kepartian. Menjerumuskan aset-aset yang dinamakan sebagai student legaslative ke lembah hina politik kepartian bakal menghasilkan satu sindiket pelacuran minda IPTA yang mana membejatkan lagi masalah transformasi politik yang lebih bersih.
Percayalah memberi kebebasan memilih siapa pemimpin bukanlah berasaskan kepada politik kepartian. Penyampaian aspirasi mendalam yang mengetengahkan idea-idea secara realistik merupakan tunjang penting menentukan halatuju keperibadian pemimpin masa depan.
Apalah gunanya demokrasi terpimpin jika pemimpin peringkat IPT disogok secara keterlaluan dengan elemen-elemen politik kepartian.
Come on guys, sepatutnya kalian harus bangkit secara realistik dengan idea-idea baru ke arah transformasi kepimpinan yang lebih bersih daripada yang kita miliki sekarang.
Bagi saya puluhan anak muda IPT yang neautral adalah lebih mulia berbanding dengan ratusan pemimpin IPT yang Pro-M dan Pro-A!
Di akhir kata, apalah gunanya status kebebasan pelajar jika perkara seumpama ini masih menjadi api dalam sekam yang menyekat mereka dari berfikir di luar lingkungan. Menyekat kebebasan bukanlah tertakluk kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata; ianya lebih kepada membebaskan minda dari unsur-unsur yang tidak boleh diupayakan mentaliti untuk membebaskan budaya politik berparti!
SHAHZUL IZZIL SHAM AL-RASHID ZULKEFLI,
WP LABUAN.

Monday, September 17, 2012
Anwarisme Dan Pulau Kecil
- PKR dah mula berpengaruh dekat pulau kelahiran gua ni. Baru beberapa hari lepas, Leader De'Facto PR, DS Anwar Ibrahim berkempen bersama-sama dengan kepimpinan PR yang lain seperti YB Sivarasa, YB Azmin, YB Zuraida juga pemimpin-pemimpin PKR juga DAP turun padang ke pulau ni.
- Anwarisme ni umpama virus. TS Ibrahim Menudin veteran UMNO secara rasmi mengumumkan kemasukan kedalam PKR, mungkin beliau ni gua perati akan menjadi orang penting dalam Cabang Labuan. Mungkin lah. Pemerhatian gua tak lebih kepada manifiesto PKR dalam memenangi hati-hati kecil anak pulau, juga siapa yang menjadi keanggotaan dalam cabangnya.
- Dari segi manifiesto, ada beberapa perkara yang gua tak berkenan. Sebenarnya, tidak ada salah PKR mahu bertapak secara kukuh di pulau ni TETAPI sentimen yang dibawa harus sesuai dengan sensitiviti masyarakat setempat. Katakanlah, kita sibuk membicarakan soal liwat Anwar Ibrahim ataupun isu-isu yang mencalar kredibiliti pemimpin-pemimpin PR itu adalah soal-soal peribadi mereka sendiri. Soal peribadi pemimpin dengan kepimpinan parti kerajaan tidak perlu menjadi isu dalam usaha menawan hati-hati kecil anak watan! Ini serius, isu peribadi Anwar adalah isu antara beliau dengan pembesar-pembesar UMNO bukan masalah warga pulau untuk kita ambil endah.
- Isu-isu yang melanda kepimpinan di Federal tidak perlu dicampur aduk, senang cerita. Anwar ni bekas orang nombor dua UMNO, pembesar UMNO. Jadi, tabiat orang UMNO ni memang tak boleh dibuang dari tebiat Anwar. Dia ni berkawan dengan orang-orang berpangkat. Dia bawak isu sebab mahu jadi PM. Lu orang ingat dia kisah sangat ke dengan kesusahan rakyat? Dia ada ambik berat ke pasal rakyat miskin? Takde punya lah. Percaya cakap gua, slogan kuasa rakyat ni sekadar mengaburi mata rakyat tak lebih mahu bagi kita yang biasa-biasa ni berperasaan macam orang-orang besar jugak. Tak percaya, cuba tengok kronologi BERSIH, 901, dan juga peristiwa malam merdeka tu hari. Apa jadik? Kita hilang kemanusiaan sebab politik? Gila!
- Bila gua menulis macamni jangan la kawan-kawan kata yang gua ni pencacai UMNO. Gua percaya kepada politic natural. Takde provokasi melampau. Easy. Semua rakan-rakan pembangkang kenal gua punya prinsip macamana. Even, dengan YB Sivarasa tuhari gua dah wish "Good Luck, YB". Dia terkejut. Tapi gua balas, "Opposition is in the right track. You're drive for opportunity. Once, you fail; you lost the opportunity" Dia senyum, sebab dia faham. Sentimen yang dimainkan di Federal tidak layak untuk dijadi bahan politik di pulau kecil ini.
- Yang buat gua jadi tak paham, kenapa Cabang Labuan ni dah mula berebutkan kuasa nak jadik calon PRU? Sentimen kaum-kaum juga agama dah mula kena canang. Orang UMNO tergelak-gelak jugak perati perangai korang. Percaya cakap gua permainan sentimen yang melampau-lampau baik dari PR mahupun BN dekat pulau kecil ni nak jadi apa? Nak jadi macam dekat Federal? Kemudian, orang lain ketawakan kebodohan kita? Macam tu? Sedar la sikit, macamanapun pegangan politik kita; jalinan saudara tu tetap ada. Persaudaraan tu penting.
- Jambatan? Kau bawak isu jambatan? Kajian ni patut secara menyeluruh oi! Bukan sebab BN tak nak buat; kau terhegeh-hegeh nak buat. Setakat nak bagi senang ke tanah besar Sabah tu tak payah la buat benda melampau-lampau. Realisitik lah sikit. Ekonomi ni benda menyeluruh. Buat jambatan ni bukan cerita untuk 5tahun macam PRU, ni cerita mungkin sampai 7keturunan. Ah, boring gua nak explain benda ni sebab gua dah explain through Facebook gua masa Hari Wilayah tuhari.
- Ok lah, sebenarnya gua dulu memang sokong propaganda Anwarisme ni. But since dia cakap pasal isu PTPTN terus gua fed up. Lagi-lagi hal BERSIH dengan 901. Yang pasal PTPTN tu, dia lupa ke yang ada jugak student buat loan MARA dengan lain-lain bank? Adam Adli ni bengap sangat nampak gaya. Kuat sangat terpengaruh.
- Last but not least, membuang Anwar daripada UMNO memang senang untuk Mahathir lakukan; tapi membuang perangai UMNO dalam tabiat Anwar takde sekor pun boleh lakukan! Pecaya cakap gua. Mungkin pulau kecil ni bakal jadi mangsa.
Tuesday, September 11, 2012
berubah
mungkin iya kita berubah kerana masa
kita berubah kerana usia
mungkin juga kita banyak memendam setiap rasa
sehingga rasa itu menggigit lohong sayang menjadi reput-reput
bersama hari-hari berlalu.
sepi, menyepi sendiri buat kita bosan
lantas berubah untuk hidup berasingan.

Sunday, September 9, 2012
di pijak untuk rasa tawadhuk
belum tahu rasanya di pijak
berpergian lah barang sepurnama dua
jika sakit, kembali ke lubuk
jika seronok, kekalkan hijrah penuh tawadhuk.
berpergian lah barang sepurnama dua
jika sakit, kembali ke lubuk
jika seronok, kekalkan hijrah penuh tawadhuk.
Saturday, September 1, 2012
#Merdeka55 2.0
entah apa aku cari di sini
diskusi konglomerat selesa di sofa
bisnes juta-juta jadi subjeknya
ah, celaka
aku sebahagian dari ahli rupanya.
bisik-bisik,
mahu jadikan marhein sebagai medium
paparan media mereka penggeraknya
sebalik permainan kecil kapitalis mereka
aku ini siapa?
marhein yang biasa-biasa
atau
celaka konglomerat yang aku sumpah tadi?

Thursday, August 30, 2012
#Merdeka55
sedang kita berwiridkan "merdeka, merdeka!"
pencacai jahanam duduk selesa dipentas utama mengetawakan kebodohan kita sebagai pacal yang hina.
pencacai jahanam duduk selesa dipentas utama mengetawakan kebodohan kita sebagai pacal yang hina.
Tuesday, August 28, 2012
Gua Rindu KL.
Yes, gua rindu Kota Lumpur. Hiruk-pikuk kota, menyelit celah-celah manusia, berpesta seolah takkan pernah ada kiamat dunia, brader-brader taxi yang celaka, tukang-tukang urut yang menjahanamkan bebudak teruna, brader-brader bouncer tukang urut yang selalu nak gaduh dengan gua; semua benda.
Gua rindu nak sedut StarBucks, gua rindu nak belasah SubWay, gua rindu nak pekena Nando's, gua rindu usha-usha area.
Yes, gua rindu.
Tapi, gua realize. Bila gua cakap nak move ke KL banyak benda halang gua buat macamtu. Memori waktu kecil gua, pulau kecil yang mahukan perubahan, lanskap-lanskap memori yang gua mahu betulkan, nilai-nilai kekeluargaan yang gua mahu kukuhkan, memori-memori cinta masa dulu-dulu. Gua perati satu-satu.
Gua nak rilek-rilek. Gua mahu bagi sesuatu untuk negeri gua supaya kekalutan yang pernah gua hadap, nasionalism yang pernah gua tempuh, peristiwa-peristiwa yang gua pernah lalu; gua harap gua dapat kongsikan dengan anak muda di sini.
Gua percaya aset yang paling tinggi nilainya adalah mentaliti. Cara pemikiran tinggi bakal membentuk satu generasi yang akan berusaha melakukan perubahan bukan atas politik kepartian semata-mata. Gua taknak tengok peribadi celaka orang poilitik ni diwarisi sampai jadik bodoh 7keturunan.
Serius.
Macamana gua rindu dengan life gua dekat KL; gua percaya perit pedih hidup gua dekat pulau kelahiran ni masih ada hikmah yang tersembunyi.
Gua percaya, satu masa yang bila kesedaran bermentaliti ni wujud; maka anak pulau kelahiran akan berpusu-pusu pulang mengaku anak watan.

Thursday, August 23, 2012
Brader Dari Dalam Mimpi.
Gua percaya, khalayak pembaca sudah terbiasa dengan jargon "deja vu". Bukan pasal adik-beradik Deja Moss ke amenda. Dan, gua percaya khalayak juga sedia maklum tentang erti makna "deja vu".
Gua agak terperanjat bila cik puan gua sebentar tadi up satu subjek perbualan yang gua sendiri terkeliru tentang maknanya. Semuanya bermula bila gua berbicara soal-soal hati, perancangan juga masa depan berdua; insyaallah. Mana ada stylo dah kalau dalam umur macamni duk sibuk ke scene drama swasta ye dak? Sekarang masa untuk realiti. Masa untuk lu buat-mesti-jadik.
"U tau tak, I jumpa U dalam mimpi I terdahulu." Lebih macamtu la isi katanya.
Gua tergamam. Otak gua ligat mengatur semula bahasa indah sebagai seorang pujangga.heh. Acaner tu? Lantas isi perbualan menjurus kepada hal-hal spiritual, hal-hal fiqh; qada' dan qadar.
Dekat hujung-hujung perbualan gua senyum. Dalam hati gua berbisik,
"memang kot gua lah brader dari dalam mimpi lu".
Dekat sini, satu benda gua nak pesan; bila orang yang lu pernah sayang buat hal celaka dengan lu berhentilah berharap benda yang bukan-bukan. tutup buku lama, orang kabor. Buat benda patut, solat istikharah contohnya. Masa tu mungkin Tuhan kasi tunjuk dalam mimpi, mana brader or mana makwe bakal pemilik hati lu orang.
Percayalah cakap gua. Tawakal tu soal lain, move on tu soal lain. heh.

Monday, August 13, 2012
pesen celaka bila ingat kekasih lama.
di situ,
lohong terowong kosong
ada tertulis perkataan RINDU.
di situ, di lohong terowong kosong itu
sang arjuna masih sepi.
entah siapa di-rindu. kekasihlama, mungkin.
mungkin-lah.
di dadanya sarat dengan rindu.
pernah cuba menebarkan sucinyacinta.
sayang, tercalar dek derita.
perasaan macam tu memang macamcelaka.
celaka itu masih terasa saat ini
saat dia bersila menghisap ganjakehidupan
bilamana sebentar tadi bekaskekasih menghantar pesanan;
“oi, next week gua nikah.sanding belah malam. datanglah!”
pesen celaka. sia-sia menanggung rindu.
p/s:
sebenarnya, sang arjuna belummengalah. dibalasnya;
“fuck you”
terus tukar number phone.
p/s II:
ini pengalaman lepas gua.kahkahkah
Friday, August 10, 2012
Ramadhan 1433H
Ramadhan, yes gua sebut pasal Ramadhan. Bukan calang-calang punya Ramadhan sebab buat kali pertamanya dalam jangkamasa 5 tahun kebelakangan ni gua sambut dia punya yang pertama dekat perantauan. 1433H punya, gua ada di sini; di kota kelahiran.
Cabaran tu lagi hebat. Sumpah gua cakap. Bukak puasa dalam jammed,dekat tanah tempat gua study, dekat tempat kerja, berebut tempat; dan macam-macam scene yang gua tempuh. Style. Tu belum kira layan scene serupa orang kaya; dekat hotel-hotel mewah. Macam cilake. keh keh keh
Eh, jangan sembang pasal raya dulu. Scene Ramadhan gua tak abes sembang lagi ni!
Dalam kesempatan melayari Ramadhan, scene terawikh jangan cakap la. Ini, cerita masa gua study dekat Kelantan beberapa tahun lepas. Flash back. Memandangkan rumah sewa gua berdekatan dengan Masjid Langgar, scene Ramadhan memang terasa hebat. Dia punya feeling tu memang level legend gua rasa. Semangat berkobar-kobar orang kabor. Lepas je bertarung dengan kesesakan bazaar berebutkan ayam madu made in kelantan; tersadai hisap sebatang dua rokok ciptaan penjajah; berjemaah dengan berimamkan gua sendiri maka berangkatlah gua bersama kawan-kawan serumah menuju ke Masjid Langgar. Dia punya meriah dekat Kelantan ni jangan cakap; sebab masjid hari-hari meriah. Cuma tiapkali Ramadhan makmum tu bertambah. Budak-budak jangan cakap; setan kena tambat diorang la king of world. Kubur Diraja Langgar tu mujur je gelap time malam; kalau cerah sikit gua ingat memang diorang main kejar-kejar langgar daulat bekas-bekas raja. Ok, gua bergurau.
Mari teruskan cerita Ramadhan. Sampai ke part start terawikh. Semangat...!!!!!!!
Sampai 8 rakaat je lah. Barai jangan cakap. Gua ingat imam baca surah satu hari satu juzuk. Gua perati member-member gua. Raimi punya standing dah serupa pak guard carik pasal. Arul punya berpeluh jangan cakap la. Gua berdiri nak teruskan solat. Gua perati kaki gua. Urat kaki sudah timbul. Dekat sana gua dah failed. kah kah kah Mael? Dah senyum sumbing tunjuk gigi tepi gua. Esoknya, malam ketiga. Masing-masing takde sembang bab terawikh. Lepas berjemaah Maghrib cuma menunggu Isyak. Lepas tu, masing-masing berkiblatkan Facebook, YouTube. kah kah kah Agak-agak lepas dah 8rakaat dan dan call ke kampung, call ke makwe bagitau baru lepas pegi terawikh. Gampang!
Sampai ke part gua bekerjaya. Bergelar professional. Lagi syahdu. Sebab, pertarungan Ramadhan ni melibatkan dunia capitalism, hedonism, rhetoric. Brader-brader bazaar yang selamba badak sedut air lepas jerit-jerit nak bagi laku jualan masing-masing; akak-akak bazaar yang tayang tetek semata-mata nak tarik perhatian lelaki tulen. Ini realiti. Bertarung nafsu; antara kehendak kelaparan dan dahaga juga memuaskan nafsu mata. Manipulator yang memanipulasi golongan kurang upaya. Akak-akak yang menetekkan anak-anak dekat tepi bazaar, pakcik-pakcik buta dipergunakan; mintak sedekah. Cilake. Cuma, masak maggie goreng dekat tempat kerja tu scene paling true gua rasa. kah kah kah
Semua tu mendewasakan gua. Sebagai lelaki yang bekerjaya, seorang junior professional. Cuma, gua rasa scene Ramadhan waktu gua bergelar kanak-kanak dah semakin hilang di telan kemodenan. Golek depan TV tengok Otromen, Yookies, Power Rangers gua rasa semua tu dah takde dah dalam kalangan young men sekarang. Diorang lagi galak dengan Iphone, Ipad, Tab, PSP, bagai semua tu.
Yang hilang itu yang gua rindukan. Meriam buluh, scene senapang kayu, lastik burung, memancing, jual kuih-muih. Salah siapa ni? Modenisasi? Makbapak? Atau scene ni sudah lapuk sebab bila kita buat; kita tak nampak urban di mata manusia modenisasi?
Wednesday, August 1, 2012
Jabal Rahmah: Bukit Pertemuan.
kalau aku bisa ukirkan indahnya pertemuan
maka disinilah kita
berpayungkan keindahan cinta-Nya.
allahurrabi.
maka disinilah kita
berpayungkan keindahan cinta-Nya.
allahurrabi.
Tuesday, July 24, 2012
Doa Sang Kekasih Untuk Sang Arjuna
Sang Kekasih,
masih di sana untuk berdoa kesejahteraan gua.
mencari sedikit kesempurnaan dalam kecintaannya terhadap gua
memohon kesetiaan yang bukan pura-pura.
Dan, gua; Sang Arjuna-nya.
disini,
hidup dengan kesejahteraan doa Sang Pencinta
masih tercari kesempurnaan terhadap Sang Pencinta
cuba untuk bersetia yang bukan sia-sia.
Sang Arjuna ini
berpergian.
mencari kebenaran dalam kekotoran ahli dunia.
berpergian
untuk kebaikan
untuk umat manusia yang hidup berpura-pura.
untuk menyucikan diri setelah puas hidup dalam noda.
semoga catatan hitamnya kembali putih jernih
seusai akhir Ramadhan.
pergi gua bukan kerana cinta Sang Pencinta
ada pencinta lebih agung untuk gua selami nikmat-Nya.
Dari Kota Pulau Kelahiran,
WP Labuan.
Saturday, June 30, 2012
Monday, June 25, 2012
Ingatan.
sekeping gambar lama pengubat rindu
kadang-kala kita terperangkap oleh memori
tentang orang-orang yang kita sayang.
tentang orang-orang yang telah pergi.
kita cuba jadi sempurna seperti mereka
dengan kata-kata azimat tinggalan
dengan ilmu-ilmu kehidupan
kita bina kekuatan juga kehidupan
inspirasi dari mereka.
tuhan,
benar pusara itu jarang ku kunjung
cuma doa.
sebagai pelita untuk mereka.
dalam sujud berkata tentang kesejahteraan kepada mereka.
6 tahun pemergiaannya.
cuma berharap kesejahteraan
cuma berharap juga ingatan sebagai kekuatan.
al-fatihah buat nenda.

Tuesday, June 12, 2012
perihal manusia
kau tanya sama babi
adakah babi tu mintak kepada tuhan untuk jadi babi?
kau tanya sama babi
ada babi tu mintak kepada tuhan untuk jadi makanan haram?
kau tanya lah sama babi
ada ke babi tu mintak kepada tuhan untuk jadi cacian "babi, babi!"?
kita manusia.
adakah kau mintak dengan tuhan untuk jadi manusia?
adakah kau mintak dengan tuhan untuk jadi khalifah dunia?
adakah kau mintak dengan tuhan untuk di caci "babi, babi!"?
sekarang, bezakan babi dengan manusia.
beza nya babi ada akal
beza nya manusia ada akal dan otak.
beza babi tidak bertindak membabi buta
manusia bertindak membabi buta.
kenapa mesti berperangai seperti babi?
perihal manusia.
tarik nafas panjang-panjang.
Wednesday, May 30, 2012
lena masih tak datang.
menanti segelas kafein buatan tangan orang tersayang
sekadar harapan.
biar kamu tidur, jangan risaukan aku.
ini hanya sebentar untuk puaskan nafsu
ketamakkan manusia kapitalis
esok,
sampai masanya kau dodoikan lagu kemenangan
biar aku tidur di pangkuan.
tidur lah sayang.
jangan tunggu aku di panggilan.
4.35 AM
KOTA DAMANSARA.
Sunday, May 27, 2012
kira-kira.
Bila aku kira-kira, bila aku bilang jari sendiri, bila aku ingat-ingat; sudah berapa banyak tekanan yang aku hadap selama lebih kurang 10 tahun aku bekerja dalam bidang ni. Lagi-lagi 2 tahun kebelakangan, beraksi sebagai management team.
Betul, aku masih muda. Sehijau warna daun, macam tu lah aku kira umpama umur aku; 23 tahun. Bright year, bright future, bright star; orang bilang. Orang bilang, bukan aku. Aku sendiri tak pernah sangka seusia ini Tuhan sudah bagi aku stage yang aku sendiri tak pernah sangka. Ayat belit, sebab aku tak tahu celah mana aku nak describe benda-benda macam ni. Dan, aku jugak tak tahu apa pandangan orang-orang sekeliling, orang-orang yang aku lead, sebab diorang lagi berusia dari aku.
Kadang-kadang, aku sendiri rasa tak larat. Rasa nak meratap. Tapi, dekat siapa? Sebab, ini jalan yang aku pilih. Jalan yang Tuhan bagi. Nak tak nak, hadap je lah. Cuma perlu banyak sabar. Situasi arrogant vs. loyal bukan sekali dua aku pernah hadap. Aku pun ada ego aku sendiri serupa dengan orang lain. Aku tak suka benda yang orang tunjuk pandai, tapi benda tu bukan dia yang kasi jalan, bukan dia pecah kepala perah idea, bukan dia berbuih mulut explain benda jadah segala fakta. Lebur hati. Suka, sebab bodohkan orang lain yang konon-konon tak tahu apa-apa.
Kadang-kadang aku terfikir, dunia ini hanya menempatkan manusia ego yang tak bertempat. Bodoh sombong, senang cakap. Konon-konon semua benda dia tahu, dia expert; pendek kata dialah segala-galanya. Padahal, ada hidden agenda. Mahu kena tengok sama tinggi dengan level jawatan. Mahu jilat telor orang besar. Sorry der, aku bukan bergaya macam tu. Seboleh-boleh aku mahu kena lihat sebab working abilities, commitment and willingness. Cakap banyak tak guna. Benda ni korang boleh fikir.
RESPECT, tu je benda penting kalau nak move on sebagai satu team.
tarik nafas panjang-panjang, complicated. biarkan manusia ketawakan kebodohan diri sendiri.
Saturday, May 19, 2012
kadang-kadang, setelah gua dapat atau hampir-hampir dapat apa yang gua mahukan dalam hidup ini gua persoalkan diri gua dengan macam-macam persoalan. awkward moment, ini serius. gua pun tak paham macamana.
kadang-kadang, bila gua lepaskan apa jua kejahatan masa lalu yang pernah gua buat; gua rasa pelik. sebab benda tu pernah jadi habit, entah macamana gua boleh lupa dan tinggalkan.
kadangkala jugak gua berfikir, apa dia sebenarnya peluang dan halangan dalam hidup. gua ada cita-cita; gua ada impian yang gua sudah create; tinggal masa untuk running. peluang? entah sekarang; entahkan masa mendatang. halangan? entahlah, soal-soal kehidupan ini selalu-nya jarang sangat gua dapat explain melalui ayat.
hidup ni susah kalau main "agak-agak". sebab "agak-agak" ni lah halangan paling besar dalam hidup sebab takde exact assumption.
Wednesday, May 16, 2012
terima kasih sifoo!
kata orang tanpa guru; siapa lah kita
hari ini.
16 tahun dulu,
aku masih ingat, cikgu aku cakap
“dalam hidup, apa jua perkara yang kalian akan hadapi; kena buat sehabis
baik”
sampai mati aku ingat, insyaallah.
aku ingat lagi, cikgu aku cakap;
“bila besar nanti, kerja bagus-bagus.balas balik jasa keluarga yang bagi
peluang kamu untuk belajar.”
“jangan cuba-cuba hisap rokok.rokok ni macam dadah; sekali cuba susah nak
lepas”
SAYA MASIH INGAT LAGI, CIKGU.
bila umur aku masuk ke peringkat
menengah.
pesan cikgu masih sama.
belajar bagus-bagus,
cari kerja yang elok,
balas jasa keluarga,
jadi manusia yang berguna untuk negara
juga agama.
sampai masa, aku masuk kea lam IPT.
cikgu aku cakap,
“zaman sekarang, rebut peluang depan mata; bukan kejar benda yang belum
pasti awak dapat ke tak. yang penting, buat bersungguh-sungguh. masa depan
kita, bukan kita yang tentukan.”
pensyarah aku pernah cakap benda
macamni,
“kalau awak tak berubah, tak tepati masa belajar; tak bersungguh belajar
macamana orang bawahan awak nak dengar cakap awak Rashid?”
INSYAALLAH, SAMPAI HABIS JASAD SAYA AKAN INGAT.
sekarang,
aku masih ingat. siapa guru aku, nama
guru aku; jawatan dan apa kenangan yang pernah aku lalui sama-sama dengan
diorang.
ramai yang dah pencen, ramai jugak
sudah berumur; sudah punya cucu.
aku ingat.
yang paling aku ingat, dalam setiap
kudus nasihat diorang tak pernah ada kata-kata yang berbunyi;
“bila dah berjaya, kau bayar balik jasa aku ajar kau.”
tak, tak pernah.
sebab aku tahu,
diorang ikhlas.
kadang-kadang terikat dengan ancaman
atasan.
kadang-kadang terikat dengan etika
yang entah apa-apa.
sebab aku tahu,
diorang jadi guru bukan sebab OPTION.
bukan sebab takde pilihan lain.
sebab NIAT.
AKU TAHU SEMUA TU.
terima kasih guru.
terima kasih cikgu.
terima kasih sifu.
sampai habis jasad aku ingat korang.
sampai hujung nafas aku akan ingat
kalian.
sampai akal sudah tiada fungsi aku
akan kenang apa yang pernah kita buat.
maaf, kalau ada larangan yang kalian
pernah cakap dulu aku buat hari ini.
rokok, contohnya.
maaf, kalau ada benda-benda yang buat
kalian kecil hati.
maaf, kalau ada perkara-perkara yang
buat kalian terasa liat mahu tegur tika ketemu di jalanan.
maaf, maaf dan maaf.
jujur dari hati, kalian manusia
teragung kurniaan ILAHI selepas MUHAMMAD SAW-family-juga pemilik cinta hati
ini.
moga keagungan ini terus kekal.
terima kasih,
teguran dan nasihat kalian menjadikan aku seorang MANUSIA yang me-MANUSIAkan manusia lain dalam hidup ini.
SELAMAT HARI GURU.
Wednesday, May 2, 2012
1.
kadang-kadang,
sunyi tu aku perlukan
untuk lari dari dunia celaka
untuk rasa aman dari ancaman kepura-puraan manusia.
sunyi tu aku perlukan
untuk lari dari dunia celaka
untuk rasa aman dari ancaman kepura-puraan manusia.
Monday, April 30, 2012
Kerja Sekarang.
Syukur,bila gua tenung balik kerja keras gua selama ni, sebelum-sebelum ni rasanya Tuhan sudah balas masa umur gua dalam semuda ini.
Thanks Allah!
Thanks Allah!
Sunday, April 22, 2012
AkuJanji
pernah dulu
bila ada bulan mengambang memancar aku akan perhati
sambil cakap pada bulan,
"kau cantik hanya bila ada cahaya, nampak buruk bila tiada cahaya."
sekurangnya, bulan itu patuh pada Tuhan.
tak pernah mogok, tak pernah ingkar.
sebab keburukan, hodohnya rupa sebenar ditutup dengan indahnya pantulan matahari.
itu cerita tentang bulan.
ini AkuJanji.
bukan pada bulan.
sebab, dalam hidup aku sekarang
semua tentang kau.
tentang impian.
tentang harapan.
tentang kebertanggungjawapan.
maaf,
kalau syurga yang kau harapkan kerana
terkadang aku bawak NERAKA untuk kau.
maaf,
ini AkuJanji.
Kota Damansara,
Petaling Jaya.
Sunday, March 25, 2012
kau lukiskan impian, aku bina segalanya II
2 tahun itu bukan jangka masa singkat
tidak ada pelan terancang dengan indah
saat kita jatuh, ada tangan yang berdoa untuk bangkit semula
saat kita bangun dengan jayanya tangan itu terus berdoa
semoga kekal ke hari tua.
hati ini milik kamu sayang
dunia ini kadangkala mencaci jijik dengan impian kita
dunia ini selalu buat kita kecewa dengan manusia yang perangai celaka
dunia inilah yang impian kita lukiskan, membina kejayaan dari mimpi ngeri masa lalu
maafkan
kalau aku pernah terjerit
maafkan
kalau aku pernah menengking
maafkan
kalau pernah tangan aku sampai ke tubuh
maafkan
kalau aku pernah buat kau kecewa dengan cerita masa lalu
maafkan
kalau ada hati-hati yang celaka merebut cinta kita
maafkan.
ingat sayang,
masa depan adalah sinambungan masa lalu
yang sentiasa bercerita jatuh bangun kita
yang sentiasa beritahu sisi gelap kita
jangan mengalah
kerana Tuhan itu ada.
ingat sayang,
dunia ini takkan pernah melepaskan masalah kepada kita
cuma kita perlu kurangkan mengeluh dengan perilaku dunia
yang kadangkala kejam
yang kadangkala celaka.
mari,
kau lukis impian
aku bina segalanya, kembali.
Tuesday, March 20, 2012
kawan dan masa.
kadang-kadang,
gua terfikir ada ramai kawan yang satu masa dulu rapat
ketawa sama-sama
ada problem kongsi sama-sama
air segelas kongsi sama-sama
nasik sepinggan kongsi sama-sama
bila jalan kehidupan berbeza
kosong.
rasa macam kau-kau dan aku; tak pernah kenal.
mungkin sebab masa.
mungkin la, kan? siapa tahu.
aku sibuk dengan kerjaya dan keluarga.
kau sibuk, ah lupa; terkapai-kapai dengan pelajaran; kerjaya dan mungkin jugak keluarga.
kadang-kadang mungkin tu cuma alasan.
mungkin sebab kita bosan dengan kehidupan.
entah lah.
Sunday, March 18, 2012
ini entri harijadi II
ya, 23 tahun lalu setelah genap 9bulan 10hari gua dikandungkan
mungkin dengan sengsara sang ibu tercinta
melahirkan anak kembar
gua dan kembar gua, perempuan.
nikmat besar.
tanpa gua sedar; ini anugerah Tuhan yang jarang-jarang orang lain dapat.
power!
setiap tahun,
gua raikan dengan click, rakan, team, orang tersayang yang berbeza.
dulu-dulu punya cerita.
tahun ni ada beza.
bersama team operation kerja.
ya, kerja.
seriously, gua lupa yang 15th March tu birthday gua.
sibuk dengan kerja.
sibuk dengan tanggungjawab.
anyway, terima kasih ucapan semua.
kenangan.
Thursday, March 15, 2012
ini entri harijadi
selama 23 tahun, gua hidup
banyak kali terjatuh
banyak kali dijatuhkan
banyak kali dikeji
banyak kali dikecewakan
berulangkali,
hidup ini dalam hembusan nafas kelegaan
itu satu rahmat besar juga sebenarnya.
untuk Tuhan, aku punya kekurangan
ntuk yang tersayang, keluarga juga
sahabat susah senang.
TERIMA KASIH ATAS UCAPAN SELAMAT KALIAN ;)
Thursday, March 8, 2012
kadang-kadang aku suka konflik serupa ini
entah kenapa.
sebab, bagi aku manusia ini direka, meminta, memohon untuk jadi manusia dari pelbagai cerita.
cerita sakit dijatuhkan, cerita seronok bila di bangunkan.
aku manusia yang biasa-biasa.
kadang-kadang terbawa dek emosi.
kadang-kadang gagal menahan hati.
serupa macam yang lain.
gagal.
yes, aku manusia yang gagal.
bila sudah dijatuhkan; bila benda yang aku cipta dengan izin Allahuakbar orang lain cantas, orang lain redah.
di situ aku gagal.
aku serah bulat-bulat kepada Tuhan.
sebab, bila amarah jadi dendam; aku takut hati aku gagal dilembutkan.
aku tak nak hina di mata Allahuakbar.
manusia lain penuh dengan perspektif negatif tentang nya.
aku bakar kemarahan dengan kepasrahan
aku bakar dendam dengan kelembutan
supaya bila aku kembali ke jalan Tuhan
hati aku bersih tanpa diungkit cerita silam.
allahurrabi.
Monday, March 5, 2012
sebentar,
tunggu aku. perjalanan ini lama.
sudah 23 tahun aku diberi pinjam
satu laluan panjang kehidupan.
sudah rasa sakitnya dijatuhkan
sudah rasa seronoknya bila ada yang membangunkan.
seronok dan sakit
sampai tak tahu nak kata apa.
perjalanan ini, perjalanan yang dilabel memanusiakan kehidupan
ini aku ada-nya.
dengan Tuhan,
aku dilahirkan.
dengan Tuhan,
aku kembali kepada-Nya.
Tuhan aku bukan kau.
Tuhan aku bukan wang.
Tuhan aku bukan dunia semata.
Tuhan aku Allahuakbar.
tunggu aku, hidup ini adalah catatan yang sebentar.
p/s:
alhamdulillah Tuhan, terima kasih untuk perjalanan yang cukup panjang.
Thursday, March 1, 2012
Anak Pulau.
kadangkala ada yang terlupa mana asal kita.
banyak, tapi aku malas sebut siapa atau apa namanya.
tak, tak.
aku bukan persoal racist pada tanah kelahiran sendiri.
ini tanah kita, lambang lahir ke dunia.
kawan, pepatah menyebut
"adat bernegeri, negeri pertahankan; adat berkampung, kampung pertahankan"
aku bicara soal keadilan.
ini wilayah, anak negeri kita pertahankan.
usah biar tangan ghaib politikus sialan rosakkan perpaduan
usah biar politikus sialan rosakkan kedamaian.
tanah kelahiran, kita suarakan keadilan
kita megahkan perpaduan!

Thursday, February 16, 2012
kau lukiskan impian, aku bina segalanya.
sayang,
benar jauh lagi perjalanan kita.
adakalanya meronta hati mahu bersama
takdir Tuhan mengatasi segalanya.
aku di sini, kau di sana
sendirian kita hadapi masalah dunia.
kadangkala kau mengeluh. you get me wrong dear.
dunia ini masih mengharap kita berjalan di atas nya.
dengan tanggunjawab sebagai pencinta, sebagai pejuang hidup.
benar, adakalanya impian yang kau lukiskan
aku gagal bina dengan sempurna.
but you, still wait with silent.
kerangka impian masih terbengkalai untuk aku sempurnakan.
sabar, harap hati masih bersabar.
masa depan bukan semudah melukis di telapak tangan.
nanti satu masa,
kau lukiskan impian, biar aku bina segalanya.
masa itu, harap dunia bagi peluang kau peluk bahu aku
dan kita ketawa bersama.
SETIAWANGSA,
KUALA LUMPUR.
Saturday, January 28, 2012
2012 - Kedua
- Banyak benda yang berlaku semenjak dua menjak ni. Ini kemaskini kedua aku di 2012. Tak sibuk mana, cuma kebelakangan ini aku banyak menumpukan kepada beberapa kertas kerja pemberian organisasi yang mempercayai apa yang aku cuba lakukan, terima kasih penganugerahan kalian; cukup sekadar aku bekerja di belakang tabir. Instead, tugas aku sebagai pekerja swasta, semua ni perlukan komitmen serta fokus yang tinggi. Personal life, friendship, cinta, family and community.
- Syukur alhamdulillah. Macamana sukar pun aku hadapi hari-hari kebelakangan; aku masih diberi kesempatan menarik nafas panjang setiap pagi dan setiap hari hingga saat aku menulis ni.
- I was thinking about my future; the prospect mostly. Last year, aku ada reject 2,3 offer untuk bekerja di oversea. Untuk tahun Hijrah kali ini, aku tak pasti. Planning ada, cuma harapan dan keyakinan masih kabur. Ada juga kawan-kawan call untuk minta resume; dipanjangkan untuk perhatian orang atas; but i'm so sorry kawan. Aku jual ability, bukan cari cable untuk senangkan diri sendiri.
- Perancangan kau paling teliti, aku nak balik ke pulau kelahiran. Mungkin, cukup sudah rasanya membawa diri. kah kah kah. Tak, tak. Bawak diri tu, serius aku bergurau. Aku dah tak sanggup sudah jatuh sendiri. Aku mahu setiap langkah aku diiringi dengan pandangan orang-orang yang aku sayang.
- Perjalanan hidup selama setahun ni, banyak membuka mata aku tentang hidup ber-family. Yes, FAMILY. Sebab, sebelum-sebelum ni aku banyak mengenepikan hal-hal kekeluargaan dalam diri. Macamana hidup berkeluarga kalau tiada pendidikan kekeluargaan ye dak? Ini, aku cuba jadi rapat dengan ahli-ahli keluarga yang lain. Sebab tu bila aku balik baru-baru ni, aku cuba kunjungi ahli-ahli keluarga yang lain. Bring my mother together. Bila malam-malam sikit, baru aku keluar dengan kawan-kawan.
- Kebelakangan ni aku banyak memikirkan soal-soal mati. Serius. Bukan berlagak mahu jadi alim ulamak atau ahli sufi. Dalam kepala aku, macamana kalau-kalau ada ahli keluarga terdekat aku pergi awal; sempat ke aku jumpa diorang untuk minta maaf kesalahan-kesalahan aku? Atau, paling tidak pun ucapan terima kasih kerana pernah membesarkan aku. Soal mati, bukan boleh buat kira. Main tunggu-tunggu. Takde. Ini time kau nak mati, time tu jugak kena ambil nyawa.
- Instead, pemikiran dan soal-soal yang kat tadi; aku jugak memikirkan tentang pulau kelahiran. Ya, pulau kelahiran yang banyak disisihkan dalam segenap hal pembangunan. Namanya Wilayah Persekutuan tetapi cedokannya cuma menjadi FIXED DEPOSIT politik kepartian. Cakap banyak aku dah malas, boleh tengok kat status update Facebook aku. keh keh keh
- Ok, malas dah taip panjang-panjang. Aku nak tidur. Semoga esok nyawa, nafas dan udara ini masih berjalan. Semoga kehidupan aku di bawah perlindungan Tuhan.
- Selamat Malam Seluruh Hamba.
Setiawangsa,
K.Lumpur.
Sunday, January 1, 2012
2012
ok, dah boleh start keluarkan kondom 7E."jangan la malu sayang" itu ayat perasmian.
p/s:
untuk kita tahu berapa ramai yang beromen malam ni, kita tunggu berapa hasil pembuangan bayi lagi 9bulan tahun depan.
Subscribe to:
Posts (Atom)