Wednesday, December 31, 2008

Cerita Dalam Cerita 2008

Esok, 2009 akan menaikkan tirai permulaan cerita hidup kita. 2008 yang aku tinggalkan hari ini penuh dengan cerita yang menjadi pemangkin kekuatan diri. Alhamdullillah, sulit mana sekalipun kehidupan ni; hidayah ALLAH juga kekuatan spiritual diri semuanya berjaya dilalui. Benda baik takkan datang bergolek!!! Fikir-fikirkanlah, kalau kita tak berusaha berdoa, istiqamah semuanya tak datang dengan sendiri. perlu diingat, apa yang kita lalui jika kita imbas kembali, kita fikirkan pasti ada hikmah juga teladan yang boleh kita ambilkira sebagai satu proses kematangan hidup. Kolum kali ni, aku muatkan sedikit cerita juga gambar sepanjang 2008. CERITA TENTANG TWINTECH KELANTAN Penghujung Jun 2008, aku menyambung kembali pengajian yang terhenti selama hampir 4 bulan. Bukan sesuatu yang mudah memulakan kembali setelah lama 'bercuti'. Hahahaha!! Anyway, I always try my best!!! Perkenalan dengan senior-senior yang boleh tahan gak kepala diorang buat aku kembali excited untuk belajar kembali!!!! Memulakan hidup baru di K.Bharu ni, satu kejutan budaya gak bagi aku. Manisnya makanan, juga cara hidup mereka buat aku tertekan pada awal kehidupan disini. Hahaahah!!! Biasalah kan, hidup sebelum ni banyak terdedah dengan dunia 'tanpa sempadan'. Namun, masih jua ada kekurangan pada corak kehidupan mereka. Corak hidup yang sederhana, kadangkala bagi aku diorang ni seolah-olah selesa dengan kehidupan yang seakan tiada perubahan. Erm, terserah pada persepsi korang tu cuma sedikit persepsi seorang anak kembara(aku la tu...hehehee) Twintech Kelantan seperti yang aku tulis sebelum ni, cukup 'sederhana'!!! hahahhaha!!! Mungkin da jadik tipikal pengurusan Twintech kot??? Entahlah.. Terlalu banyak pro dan kontra disini. Pernah jugak aku menghantar surat kepada KPT(awal tahun 2008); namun tiada respon dikemukakan. Karenah birokrasi??? Mungkin jugak... Anyway, kalau benar kami teraniaya, biar saja aku tuntut di Padang Mahsyar kelak. Wallahualambissawab.. Sebenarnya, aku cukup mengagumi pemilik empayar Twintech Holding(Professor Datuk Dr. Ismail), seorang yang kurang kemampuan. Anak tempatan, OKU yang bisa berbincang mengenai ekonomi tempatan juga antarabangsa berjam-jam lamanya!!! Hebat bukan, anak Melayu ni?? Kehebatan beliau bukan setakat dikagumi dalam negara bahkan luar negara!!! Aku juga bercita-cita nak jadik macam tu.. Insyaallah.. CERITA TENTANG ABANG Abang aku yang baru berusia 21 tahun ini actually very workaholic person!!! Hampir setahun tidak bertemu, mungkin kerana kesibukan kerja beliau. Yang pasti, aku ingin kembali ke satu masa yang kami semua selalu berkumpul. Huh, indahnya memori. Masa berlalu dengan pantas... Tua mengejar kita!!! Hahahaha.. Alhamdullillah, sekali lagi aku bersyukur kecanggihan teknologi tak pernah merenggangkan perhubungkan kami. Dunia dah maju, zaman dah berubah!! Hahahaha!!! SMS, panggilan telefon, biarpun sekali-sekala namun ada rindu yang terubat. Chewah, ayat iklan seyyh... Sempena Maal Hijrah 1430 juga 2009 ni, aku doakan beliau akan sentiasa konsisten dan berjaya membina entiti beliau sendiri!!! Amin.... CERITA TENTANG BPN Ianya sesuatu yang baru aku temui sejak aku menubuhkan laman blog aku. Kalau sebelum ini, banyak blog berkesudahan dengan menyeru kebangkitan Melayu namun tiada apa-apa tindakan diambil. Namun, setelah penubuhan BPN ini, mereka membuat satu resolusi antaranya kejayaan mengesan blog menghina Islam yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini. Kejayaan ini bukan untuk disanjung tetapi ianya adalah tanggungjawab sebagai seorang Muslim/Islam yang tidak mahu Islam dipandang rendah. Apatah lagi, sejak Islam dilabelkan sebagai pengganas oleh sebilangan kroni Amerika. Kini, tiba masanya untuk umat Islam bangkit mengembalikan maruah juga kegemilangan sepertimana Zaman Kegemilangan Para Sahabat dulu. Buat sahabat BPN, teruskan perjuangan kita!!! CERITA DARI DAPUR TWINTECH Cerita dari dapur Twintech tidaklah segempak mana tapi ia adalah sebahagian dari silibus pelajaran aku. In-house practical seperti ini, adalah langkah awal sebelum Hospitality Student menjengah ke situasi sebenar. Praktikal ini sedikit sebanyak membantu aku berkenaan pengurusan restaurant, delegate task. Ini bukan kali pertama, aku bekerja dalam industri pemakanan. Pengalaman 7 tahun, aku gunakan sebaik mungkin. Bekerja dalam lingkungan pelajar, sedikit sebanyak mencetuskan kegilaan yang tidak dijangka!!! hahahaha!!! Kadangkala, menimbulkan kemarahan coordinator yang sebenarnya memahami feel juga attitude student apabila diberi peluang mengendalikan sendiri kerja-kerja merancang, memasak, mengkreatifkan produksi makanan. Bukan sesuatu yang mudah sebenarnya bekerja dalam industri ini. As I wrote before, in this industry; we are practical people where dealing with practical problem. Keyakinan, kerjasama, persefahaman, fokus adalah kunci kepada kejayaan kita!!! Untuk sesi ke-2 tahun 2009 ini, semoga kita akan terus sukses dan dapat mengaplikasikan teori yang diajar di kemudian hari!!! Sukses!!! Sukses!!! Hahahaha!!! Aku pasti, apabila tamat silibus ni nanti, keriuhan dapur Twintech akan jadik kenangan semua!!! CERITA SEBENAR 2008!!! Siapa sangka, bidang yang bukan pilihan utama ini akhirnya membawa kepada penghijrahan aku ke Kelantan. Perhotelan sebenarnya adalah pilihan ketiga selepas Asasi Pertahanan UPNM dan Program Asasi UIA. Kekecewaan kerana gagal mengikuti temuduga UPNM, buat aku give-up lalu memutuskan tidak akan menyambung pembelajaran. Hidayah ALLAH, membuka hati untuk menyambung pelajaran di Twintech kerana aku mengagumi seorang OKU mampu membina entiti yang besar serta kukuh di Malaysia!!! Apatah lagi, pemiliknya antara tokoh ekonomi yang aku kagumi!!! Memetik sedikit kata-kata semangat seorang bekas pendidik ku yang hampir sama dengan sejarah hidup suaminya. Antara kata-kata tu:
shahzul, kisah u ni ada sikit2 mcm sir naiman tau. dulu dia bercita2 nak masuk airforce, nak jadi pilot, tapi dihalang keras oleh keluarga for some reasons. they wanted him to be a teacher. so dia masuk TESL bukan dgn sepenuh hati. bila dia start mengajar di SMSL, dia join navy reserved unit and dptla dia merasa pengalaman jadi askar tu. He still love that part of life, selalu dia cerita pengalaman pergi belayar, pergi menembak, in fact dia pernah menang pertandingan menembak, jadi johan lagi, ada sampai sekarang hadiahnya. Tapi dia dah pun tinggalkan dunia tu, sebab memang dunia pendidikan lebih sesuai dgn dia, and right now dia amat sayangkan dunia cikgu ni... So, moral of the story, apa yg Allah dah bagi kita tu sememangnya yg terbaik untuk kita. Just look at the bright side, kan?
Sedikit sebanyak banyak, kata-kata tu memberi sedikit inspirasi kepada diri untuk menempuh kejayaan dalam hidup. Hidup kadangkala bukan atas pilihan diri sendiri, betul tak??? Nak tak nak, kita harus mencorakkan sendiri kejayaan biar bukan dalam bidang diminati. Mana tau, nasib lebih menyebelahi kita. Kata bidalan ada menyebut, untung batu tenggelam, untung sabut timbul. SELAMAT MENYAMBUT 2009!!! SEMOGA MENEMPUH LEBIH BANYAK KEJAYAAN!!!
TOKOH EKONOMI YANG AKU KAGUMI

Friday, December 26, 2008

Motivasi Tahun Baru Hijrah

Menjelang tahun baru ni, aku pasti ramai manusia akan memotivasikan diri masing-masing dengan merancang serta mempunyai sasaran tersendiri. Tidak kira samada tahun Hijrah mahupun tahun Masihi ianya mempunyai ukiran azam yang sama. Namun bagi muslim, adalah terbaik jika kita menyambut tahun baru Islam(Hijrah) yang merupakan simbolik besar dalam penyebaran Islam kepada seluruh umat manusia yang dibawa oleh junjungan besar; Muhammad SAW. Sesuai dengan firman ALLAH:
"TIDAK AKU UTUSKAN ENGKAU(MUHAMMAD) MELAINKAN MENDATANGKAN RAHMAT KESELURUH ALAM"
Memperbaharui azam adalah satu kelaziman kita sebagai manusia. Tidak kira samada azam yang lalu dapat dicapai mahupun tidak, kita tetap mensasarkan sesuatu yang lebih baik dari yang lalu. Insyaallah. Perlu kita ingat sebagaimana firman ALLAH, yang bermaksud:
"TIDAK AKU UBAH NASIB SESUATU KAUM, MELAINKAN KAUM ITU MENGUBAHNYA NASIBNYA SENDIRI"
Bermakna, tanpa keazaman, kesungguhan setiap apa yang kita inginkan itu tidak akan tercapai. Sekadar berpesan-pesan sesama makhluk, aku kongsikan bersama sedikit motivasi yang aku yakin mampu membawa diri kita kearah yang lebih baik!!! Insyaallah...
MOTIVASI UNTUK DIRI.
1. Bersikap positif terhadap perubahan Perubahan adalah satu harapan dan bukannya ancaman. Yakin bahawa kita boleh melakukan sesuatu untuk berubah. Melihat diri sebagai agen perubahan. 2. Bersikap postif terhadap diri sendiri Yakin bahawa setiap kelemahan boleh diatasi. Semangatkan diri untuk mendapatkan kemahiran baru. Wujudkan keberanian dan yakin dengan Allah. Menerima ketidaksempurnaan tetapi perlu menghormati diri sendiri. Bentuk imej diri yang positif. Bersyukur bila dikeji dan beristighfar bila dipuji. 3. Bersikap positif terhadap kepemimpinan Yakin mengenai kebolehan untuk memimpin diri dan orang lain. a)Mempunyai pegangan positif mengenai : I. Kebijaksanaan diri II. Kebolehan diri III. Kemampuan/keupayaan diri b)Yakinkan diri bahawa kita mampu untuk : I. Mencari alternatif dan pilihan serta boleh membuat keputusan.(lakukan solat istikharah untuk membantu) II . Bertanggungjawab untuk membuat keputusan bagi diri sendiri - menulis skrip hidup sendiri. III. Mengubah apa yang perlu diubah secara mental, emosi dan tindakan. IV. Berusaha mencapai kejayaan dunia dan akhirat. 4. Bersikap positif terhadap masalah Menerima hakikat bahawa "masalah adalah asam garam kehidupan". Setiap masalah boleh dipecahkan kepada beberapa masalah kecil. Setiap masalah Insya-Allah ada jalan penyelesaiannya jika berikhtiar dan bertawakkal kepada Allah. Jika kita tidak mampu menyelesaikannya, orang lain mungkin boleh membantu. Setiap masalah mempunyai hikmah yang tersembunyi. Merasionalkan pemikiran bahawa masalah adalah satu cabaran atau keputusan yang perlu diurus. 5. Bersikap positif terhadap orang lain Kita berjaya sebab dibantu oleh orang lain. Kita boleh belajar sesuatu dari orang lain. Kita memerlukan orang lain untuk berkongsi idea atau pendapat. 6. Bersikap positif terhadap keadaan emosi atau mood Emosi perlu 'berehat' sekali-sekala (emotional retreat). Perubahan emosi mengingatkan kita untuk muhasabah diri. Setiap emosi ada maksud yang tersirat. Kawal emosi agar kita jadi manusia yang lebih baik. "Ada pasang, pasti ada surut". 7. Bersikap positif terhadap idea yang kreatif Hormati idea dan pemikiran sendiri. Sedari bahawa satu idea boleh mencetuskan satu organisasi baru. Walaupun idea kurang bermutu, jangan menyalahkan diri sendiri kerana sekurang-kurangnya anda mempunyai idea. 8. Bersikap positif terhadap keputusan yang dibuat Ingat bahawa setiap keputusan mempunyai risiko. Tidak mahu membuat keputusan adalah satu "keputusan". Orang yang cemerlang selalunya membuat keputusan yang baik. 9. Bersikap positif terhadap qada' dan qadar Tidak ada manusia yang dapat melawan ketentuan Allah. Apa yang Allah berikan kepada kita adalah yang terbaik untuk kita. Manusia mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. 10. Bersikap positif terhadap matlamat yang ditetapkan Matlamat akan positif jika dikuasai oleh pemikiran yang positif. Perlu rasa malu pada diri sendiri sekiranya matlamat yang ditetapkan tidak dirancang dengan baik dan tidak dilaksanakan dengan berkesan. Sentiasa memperbaiki diri jika matlamat tidak tercapai dan jangan berputus asa. MeeT uNcLe sHaH: Manusia seringkali terlupa apa yang pernah mereka ikrarkan. Namun, ia masih boleh diperbaiki selagi akal mampu menguasai nafsu yang menjadi raja di hati. Kejayaan pula bisa diperoleh seandainya punyai doa+usaha+istiqamah+tawakal!!!!! Selamat Menyambut Tahun Baru Hijarah, ciptakan kejayaan cemerlang di Hijrah 1430!!! Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih; tepuk dada tanya selera!!!

Thursday, December 25, 2008

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ke-54 Tahun!!!

Dengan kasih-sauyang seorang anak, I wish my mama early morning tau last 24th December yang ke 54 tahun. Erm, da tua emak aku.. Mama aku punya lar cuak and cemas anak teruna dye ni call pukul 0007 am. Saje je nak buat suprise!!! Hahahaha!! Anyway, aku tetap teruja walaupun tak dapat celebrate with her this year. Last year, when I was at Sabah still wish face to face. Paling gempak, my twin ar!!! Siap belikan birthday cake g!!! Da tu mengade send message kat aku gambar cake tu. Pergh, jauh di sudut hati memang aku jeles, da ar tak dapat 'operate' cake tu Paling tak bley blah, anak Pak Mamat tu!!! My mama yang birthday dye plak sibuk terkinja-kinja. Macam kek tu my twin bagi kat dye. Lagipun, dye memang manja ngan my twin and my mama. hahahha!! Windu plak ngan monyet-monyet tu!!! hahahah Lastly, happy birthday to my mama!!! Walaupun, blog ni aku tak sempat update semalam(sibuk, walaupun pic tu aku received wal lagi) at least ade jugak catatan tu kat cni...Hehehehe.. Dari naluri seorang anak, pastinya ia akan lebih membahagiakan jika dapat diraikan bersama. Salam kasih buat mereka di Labuan!!! p/s: Others pic will be up loaded later.

Wednesday, December 24, 2008

Kenangan Di SEMELA 2002-2006

Satu memori yang pasti kalau boleh ingin aku ulangi... Tiba aku di SEMELA, lantas mengubah persepsi diri yang satu ketika dulu cukup cetek memerhatikan alam kehidupan dari sudut yang positif. Entah kenapa tergerak hati ingin mencoretkan kembali kenangan itu. Mungkin kerana terlihat kelibat Cikgu Zaki di Jln Bayam aritue bersama kereta Altis plat LB kot??? hehehehe... Yang aku tau, telinga ni cukup terasa rindu pada leteran, nasihat, pesanan juga motivasi mereka. Walaupun satu ketika dulu, ianya perkara yang amat tidak digemari!!! Hahahaha... Lets me start the story.... 2002. Bemula era anak remaja di SEMELA!!! That year, aku diempatkan di kelas Amanah(kelas budak pandai tu!!! heheheh...) bersama ngan Mira= cousin+classmate. Yang paling aku ingat, Pn. Jumah merangkap guru kelas 1Amanah 2002. First time jumpa Cikgu jumah ni actually buat aku kecut perut tau. Mane tak, bile Cikgu ni bertempik agak-agak boleh dengar sampai kat Masjid Lajau tu!!! hahahaha!!! Tapi, Cikgu Jumah ni tahan gempak gak ngan kegilaan pelajar SEMELA. Layan beb!!! While, seorang guru yang aku rasa paling digeruni warga SEMELA pastinya jatuh kepada Ms. Punitha Malar a/p Murugesu(namanya aku ingati dengan baik!!!). Mana tak, keganasannya 'singa' ni memang tak ade tandingan!!! Namun, keganasan beliau akhirnya tergugat dengan satu tragedi dalam kelas Bakti dimana beliau terjatuh dari atas kerusi!!! hahahaha!!! Time tu, SEMELA masih belum menggunakan kerusi plastik sepenuhnya. Samada tragedi itu dirancang atau tak, aku pun tak pasti. Yang aku tau, petang tu Ms. Punith ni jatuh gak kat kantin sebab lantai licin. Pergh, kalau aku ade time tu memang bantai gelak ar!!! Hahahahha!!! Erm, begitu lucu tragedi tu pun; takder sorang pelajar yang berani gelak kuat-kuat tau. Macam bebudak kelas Bakti bagitau diorang macam nak terkencing sebab tahan gelak sampai waktu rehat!!!! Masih segar dalam memori otak ni, waktu awal perkenalan; sume still memalu g. Paling tak bley blah, Zulfikar!!! Sabah bah!!! Hahahaha!!! Sembang gune ayat skema dowh!!!! Perkenalan aku pun makin bertambah... Helmi, P-jal, Subrie dan lain-lain yang aku tak mampu sebut nama korang. Walaupun, aku ditempatakan bersama golongan bijak, tapi tak bermakna aku ni bijak tau.. Performance, setakat ok-ok je... Performance aku tahun tu, kurang menyerlah sedikit kerana implementasi aktiviti ko-kurikulum SEMELA kurang menggalakkan ditambah dengan sistem pembelajaran yang berasaskan 2 sesi. So, aku pun terpaksa bersaing ngan hebat nak challenge bebudak bijak ni. hehehe... Finally, sehingga ke 2004 aku masih berada di kelas Amanah. Alhamdullillah... 2003. Masih dikekalkan bersama kelas Amanah. Tahun tu, aku bergerak aktif dalam aktiviti drama English (group pertama SEMELA), koir dan aktiviti unit beruniform(PKBM LAUT). Mengenai drama group, kami adalah kumpulan pertama SEMELA yang memegang amanah mewakili sekolah dalam pertandingan drama Bahasa Inggeris di Sek. Men. Sains Labuan. Pergh, boleh kate aku bangga gak!!! Hahahaha!!! Walaupun tak menang award on that day, tapi kami telah berusaha sebaik mungkin untuk menambah pengalaman. At least, ia mengajar aku supaya tidak mnyerah kalah sebelum mencuba sehabis baik. Terima kepada coordinator, Mdm Azimah and his husband Sir Naiman yang tidak jemu memberi nasihat juga motivasi. Bagi aku, SEMELA dipenuhi dengan guru-guru yang komited, rajin, dan penuh dengan keazaman!!! Kalau tak, kenapa mengapa memilih rofesion ni betul tak??? Mengenai PKBM(L), dibawah kendalian BK PPP (GI) Pauzi bersama penasihat Cikgu Firlii(hehehe...) aku dicalonkan untuk menyertai Perkhemahan Tahunan PKBM LAUT di Telok Senangin, Lumut. Guru pengiring plak, tak lain tak bukan BK PSSTLDM Naiman Ghazali(Sir Naiman). Time kat Lumut tu, Sir Naiman punish aku ngan sorang lagi anggota PKBM cuci muka ngan air lopak!!! Hahahaha!!! Semua tu kerana aku cuai time latihan kawad. Anyway, biasa ar. As a military man, jiwa kena kebal, tak boleh give up. Menyertai unit PKBM ni, sedikit sebanyak membentuk diri agar sentiasa yakin, tabah juga bersedia menghadapi apajua cabaran mendatang!!! Ceh, ayat power seyyhh!!! hahahaha!!! Aku cukup berterima kasih kepada guru-guru SEMELA yang pernah meletakkan harapan dan dorongan kepada aku agar terus berusaha mencapai kejayaan. 2004. Setahun yang penuh ngan macam-macam dugaan!!! Tahun tu, aku mula bergerak lebih aktif dimana aku mula menyertai line-up Majalah SEMELA sebagai cameraman. Tahun yang sama gak, aku ambik PMR. Waktu tu, memang terasa going down sikit. Mane tak, tutorial melambak especially subjek Sejarah(Cikgu Maimon). Apepun, tahun tu aku diberi tanggungjawab mengkoordinasi majlis perpisahan guru kelas aku(Cikgu Norita) yang menyambung pelajaran selama setahun di Kuala Lumpur. Pada mulanya, memang aku berasa tidak yakin. Namun, sokongan AJK yang dilantik majlis tu berlangsung dengan lancar dan dipuji oleh Pn. Dona(bangga ni!!! hehehe...) Paling membanggakan, aku memecahkan rekod menewaskan *Ranniey dengan membolot anugerah akhir tahun subjek Sejarah!!! Akhirnya, aku berjaya gak naik ke pentas untuk menerima anugerah!!! Hahahaha!!! Kalau aku tak silap, majlis tu berlangsung kat Ballroom, Manikar Beach Resort. Memang grand gak majlis tu.... Erm, waktu peperiksaan makin dekat terasa tension sedikit. Takut-takut, gagal beberapa subjek yang aku kurang menyerlah seperti Science and Maths. Finally, aku lulus gak dengan keputusan cukup makan jew... hehehehe... *Ranniey- khabarnya akan melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang kejuruteraan/sains kalau tak silap. Anyway, congratulations bro!!! 2005. Aku bergelar upper form student!!! Walaupun aku layak untuk bergelar pelajar Sains, tapi aku lebih selesa dan yakin memasuki bidang Sastera, antara bidang yang aku minati. Kemasukkan aku dan beberapa sahabat lain ke aliran Sastera sebenarnya tidak disnangi mereka yang pernah bersama aku di kelas Amanah dulu. Takder masa depan kate diorang!!! Hahahaha!!! Mase depan, ita yang corak. Nak tak nak je masalahnya. Ape punya teori, langsung tak bley guna!!! Yang aku tau, aku bersungguh membuktikan kejayaan milik aku!!! hahahaha!! Dah memang terbukti, budak Sastera paling menyerlah tau!!! Forum, Debate hampir kesemuaya pernah aku join,walaupun tak menang. Tapi, aku membuktikan kami juga mampu mengatur dan mengolah kejayaan melalui cara lain. Kemasukkan ke dalam kelas Bakti awal tahun tu, kemudiannya diberi amanah menjadi ketua kelas!!! Undi majoritinya disokong penuh 'penduduk asal' Bakti!!! hehehe.. Lawaknya, my twin dilantik menjadi penolong ketua kelas!!! hahahhaa!!! Anyway, senang nak deal. Aku kan abang!!!(ayat DiGi) Aku ade satu citer yang tak diketahui mana-mana pihak kecuali budak kelas aku dan budak 4Amanah. Ianya melibatkan satu peristiwa besar dalam SEMELA yang mana ia disebabkan oleh bebudak Sastera!!! Hahahaha!!! Tak yah citer la ek??? 10 tahun lagi, baru aku akan ceritakan. Insyaallah... Tahun tu, aku masih lagi bersama line up Majah SEMELA, masih jua dengan jawatan yang sama; yakni cameraman. Tip top gak time tu... heheheehe... Bersama dengan kesibukan tu, aku still gak naik pentas terima anugerah akhir tahun matapelajaran Sastera Melayu. Still gak ngansikap bersenang-lenang, honeymoon year katekan!!! hahahhaa!!! (p/s: jangan ikut sikap ni). Apepun, ia masih dikategorikan sebagai sesuatu yang menarik. Aktif, produktif, dan semue tif-tif aku cuba. Bab sukan jew low sikit. 2006. Penghujung yang gemilang!!! Kalau boleh tahun tu, aku nak slow down ngan aktiviti. Tapi, nak wat camane ade harapan, juga di dorong minat dalam diri. Tahun tu, masih lagi memegang jawatan ketua kelas. Namun, jawatan penolong ketua kelas bertukar tangan kepada Ct Khatijah a.k.a minah rock!!! Hahahaha!!! So, class pun bertambah gempak ngan lawak semulajadi. Hehehe... Tahun tu, jawatan aku dalam Majalah SEMELA was upgraded as editor at the same time school cameraman. So, means banyak gak keja tahun tu. Lebih-lebih lagi nak amek SPM!!! Memang, aku akui taht year perfomance aku memang go down!!! Malas datang class, Monday-mood!!! Perangai memang teruk!!! Tapi, motivasi tak turun tau. Dalam hati, masih mahu memegang kejayaan. Sesuatu yang bermakna, tahun tu aku menang anugerah pelajar Sastera 2 tahun berturut-turut, anugerah Nilam(Anugerah Emas), my twin anugerah Perak and Mira(my cousin) menang anugerah Gangsa!!! Hahahaha!!! Satu keturunan!!! hahahahaha!!! Juga menang anugerah pembaca terbanyak. Tidak sia-sia budaya yang diterapkan mak aku sejak kami kecil lagi. Tahun tu jugak, aku dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan PKBM setelah berkursus di Telok Senangin selama hampir seminggu. Satu pengabdian yang tidak sia-sia. Yang pasti, aku cukup merasa puas dengan apa yang aku peroleh. Juga kepada Pn. Norasiah, guru kelas terakhirku di SEMELA yang tidak henti-henti memotivasikan kelas beliau. Paling aku tidak lupa, Tuan Pengetua Cikgu Sahar; seorang ketua yang bagi aku very closed with his staf and students. Meskipun memegang title bos di SEMELA tapi beliau ni still boleh face to face with others such as student. Alhamdullillah, sehingga kini aku masih berhubungan dengan beliau baik samada menggunakan SMS(semuanya di hujung jari), mahupun di alam maya. Semoga perkenalan antara guru-pelajar ni berkekalan sampai bila-bila. 2008. Kini, aku menyambung pelajaran di International University College of Technology Twintech dalam jurusan Pengurusan Hotel. Biarpun, diri ini hampir-hampir tidak mahu melanjutkan pelajaran kerana kecewa tidak dapat memasuki UPNM. Namun, segala telah tersurat rezeki aku ada di sini. Mungkin, selepas graduate need to get involved in reserved unit. Insyaallah... Macamanapun, peristiwa itu cukup berharga buat diri. Kalaulah, aku tak diberi peluang dan dorongan, who's know what will be??? Di sini, dikala diri dilanda sindrom kemalasan aku cuba mencantumkan kembali kenangan di SEMELA lebih-lebih lagi leteran cikgu-cikgu di sana. Apatah lagi, bila mendengar tentang cerita Cikgu Zamri yang kini menyambung pelajaran(Sarjana) secara separuh masa, buat diri ni kembali bersemangat untuk bersaing!!! Semangat kalian sentiasa ku bawa bersama!!! Pentup. Terakhirnya, aku mengucapkan jutaan kasih-sayang terima kasih kepada guru-guru SEMELA yang memberi harapan dan dorongan di kala diri hampir tewas. Walaupun, ada antara sahabat aku tewas di awal peperangan. Tanpa kalian, tidak akan hadir satu kenangan penuh makna buat diri. Sesungguhnya, kenangan di SEMELA sungguh membahagiakan!!! Semestinya, diri ini begitu teringin menemukan kembali semua sahabat bersama dengan guru-guru SEMELA. Bila agaknya kita akan bertemu kembali??? Buat adik-adik yang masih meneruskan kecemerlangan di SEMELA, rebutlah peluang yang diberi. Jangan sesekali disia-siakan peluang itu. Peluang baik takkan datang bergolek!!!

Monday, December 22, 2008

SAJAK: Nostalgia Sebuah Kenangan

pagi itu dingin, udara malam masih jua seperti sebelumnya betapa aku rindu akan kedamaian juga ketenangan ini dulu disana tempat bermain disana tempat bermanja disana ada kasih saudara kenangan hanya kenangan perpisahan bukan penamat segalanya masa hanyalah masa bukan kenangan mengejar kita kini aku datangi kembali biar masa kian memadam semuanya kerana Tuhan masih sayangkan kita masa menemukan kita kembali nostalgiknya kenangan itu!!! mereka & kami kian dipanjat usia namun masih mampu menilai semuanya nostalgiknya sebuah kenangan bunga persaudaraan berkembang lagi kasih saudara memang tak luput dihati aku cuba ingati momen kenangan mereka takkan pernah lupa pada saudara dikejauhan ini kerana nostalgiknya kenangan pada mereka!!!
MeeT uNcLe sHaH:
Sajak ni sebenarnya dirakamkan dengan penuh indah dalam kepala kerana waktu tu aku tak bawak pen/kertas mahupun pensil uuntuk mencatit segalanya. Begitupun, ia tercipta bersama hembusan kenangan waktu kecil di Rembau, Negeri Sembilan. Betapa aku rindu kenangan itu!!!
Memang silap diri ini yang mahu melupakan segala kenangan yang mungkin akan mengecewakan keluarga. Bukan mahu menyalahkan qada dan qadar, segalanya telah tersurat!!! Ternyata, ALLAH lebih mengetahui. Kini, masih ada yang belum lengkap. Aku masih mengharapkan adanya pertemuan yang bisa menyatukan kami semua dibawah payung kasih ILAHI, tiada pertelingkahan; tiada lagi perpisahan!!!

Sunday, December 21, 2008

Masa Yang Berlalu: Antara Labuan-JB-N.Sembilan

i Seperti selalunya, aku cuba untuk mengingati kembali momen-momen 2008 yang kian hampir dipenghujung lebih kurang seminggu lagi. Sebenarnya aku baru kembali dari my second hometown.. hehehehe.. Nostalgiknya sebuah kenangan!!!! 2008 yang penuh cerita, kenangan, impian dan harapan!!! Tersentuh dihati bila diri masih diingatan saudara di Negeri Sembilan. Betapa perpisahan tidak pernah buat mereka lupa kepada diri ini. Masih terasa segar bila kedinginan kampung halaman memeluk diri!!! Fuh, ketenangan yang tak pernah aku temui sejak bermulanya kembara diri!!! Anyway, development kill my memories there!! Sungai lesu, mengalir tidak bermaya!!! Tidak seperti sebelumnya... 2 hari berada disana, cukup buat aku terasa hidup kembali ke kenangan lalu!! Pergh, kenangan yang takkan pernah kembali. Cuma, ada sesuatu yang cukup disedari dingin angin malamnya masih seperti dulu!!! Sekejap je mata aku terlelap, relax takder bunyik ape kecuali irama burung malam!!! Pergh, memang tenang wa cakap lu!!! Masa tu, aku cuba manfaatkan setiap saat, minit bersama ketenangan malam. That time, sungguh aku kata cukup relax, sayangnya tidak ramai yang menghargai ketenangan tu. Kat depan mata aku, penghuni kat situ cuma generasi emas!! Where is the young generation??? Termasuklah aku.... Erm, rasenye next time perlu rehatkan diri di N.Sembilan. Dah ade port baru nak lepak!!! Hahahhaa... Apabila kesemua hampir berkumpul last weekend bunga-bunga persaudaraan kembali mekar. Masa memisahkan kami, cuma kenangan yang menyegarkan setiap momen yang pernah kami lalui. Betapa kudusnya kasih Tuhan, yang tidak mahu makhluknya hidup berpecah-belah!!! Semoga kasih saudara akan berpanjangan!!! Harapnya, kami sebagai generasi muda akan menghargai setiap keindahan, ketenangan juga kemakmuran yang pernah datuk, nenek, pak cik, mak cik juga warga tua pernah nikmati!!! Ketenangan dan kedamaian!!! Yang pastinya antara Labuan-JB-N.Sembilan; ada kenangan, cerita yang mendewasakan!! MeeT uNcLe sHaH: Hanya beberapa hari lagi, 2009 akan menjelang. Bermakna usia diri bertambah ke 20!! Masih ada yang belum tercapai. Apa??!!! Biar jadi rahsia diri.... Insyaallah, aku akan bercuti ke JB this January, kemudian ke Singapore untuk melihat sendiri keunikan architecture di sana.

Tuesday, December 16, 2008

Alamak, Rashid...Whats Wrong???!!

Hehehe.. Kenapa aku guna tajuk ni ek??? Sebabnye, sepanjang semester ni performance aku bley kira teruk. Attendance especially. Tak tau apesal yang pasti bukan cuaca yang patut aku salahkan. Nak salahkan cuaca(hujan), orang lain bley datang, kenapa aku tak??? Hehehe... Influence?? Maybe, yes!!! Before this, aku memang ar selalu datang awal, semangat bai!!! Cuaca yang sedap(Lembut, sejuk gitu..) buat aku lalai ngan tido. Situasi tu wat aku rase cam pergerakan terbatas??? Entahlah.... Ni ke lifestyle yang aku nak??? Pastinya tidak. Betapa besar harapan family yang mahu aku berjaya. Kalau aku sia-siakan peluang ni, pasti aku menyesal. Peluang baik takkan datang bergolek, tu yang aku selalu katakan kat member di Labuan. Seharusnya, aku mengambil pengajaran dari semua tu. Memang ini bukan student life yang selalu aku impikan. Hehehe... As a military man, should be active in my life. Thats is the part of life satisfaction. Is it true???? Terasa gak, bila menerima teguran. Bukan terasa hati, tau... Cuma, terkilan kerana peluang yang aku lepaskan kerana mahu sedapkan diri dengan bersenang-lenang???!!! By the way, I would like to thanks because thats is a path of life. Menerima dan memberi teguran!!! Dalam Al-Quran ada menyebut, "Wattasaubil haq"(berpesan-pesan dengan kebenaran), so aku amik pengajaran. Tak salah kan??? Teguran yang membina tu, remind me about my ambition, mission and vision!!! Hahaha!! Ni bukan bahan lawak, but in future I want to build my own entity= hotel!!! Tapi, sikap bersenang-lenang ni patut aku lepaskan. Tak rugi mana pun.... An English idiom was saying, "The more you sweat in peace, the less you bleed in war". Ni la peperangan yang patut aku hadapi, kemalasan!!! Mungkin, aku perlu belajar mengenal erti kehidupan dengan persepsi baru. Bercakap dan menulis saja tidak memadai. Well, aku berterima kasih banyak-banyak kepada mereka yang menasihati aku. Sesungguhnya, diri ini masih memerlukan bimbingan.. The last one, sekali lagi terima kasih kepada mereka yang beri teguran doakan kejayaan aku, will be a good person!! Ahaks!!!! Atau anda perlu berikan sedikit nasihat atau tips di kala diri dilanda sindrom kemalasan yang melampau... Put your comment here...

Saturday, December 13, 2008

The Truth Is Only In Islam!!!

Merujuk kepada isu-isu yang dibangkitkan blogger-blogger seperti Pedestrian Infidel dan sahabatnya, ingin sekali aku katakan bahawa menilai dan mengkaji dari logik akal sahaja tidak memadai. Ia bukan sekadar pegangan tapi sesungguhnya sesuatu yang diredhai dari awal sehingga ke akhirnya, Insyaallah. Artikel ini bukan bertujuan menzalimi mereka yang bukan beragama Islam, kerana kami masih menghormati pegangan agama kalian. Ini adalah sedikit penerangan mengenai Islam. Selagi kami mempunyai kewarasan ianya tidak akan menggugat kekuatan agama kami.
"Dan perangilah di jalan Allah orang - orang yang memerangi kamu, tetapi janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang - orang yang melampaui batas." (Al Baqarah: 190)
Islam yang diturunkan bersama ALQURAN, sebagaimana firman ALLAH:
[Az-Zumar : 2] Maksudnya : “Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu kitab Al-Quran dengan membawa kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadanya” Firmannya : [As-Sajadah 2] Maksudnya : “Turunnya Al-Quran yang tidak ada keraguan padanya adalah daripada Tuhan pentadbir semesta alam” Firmannya lagi : [An-Najam : 3] Maksudnya : “Dan dia tidak berkata menurut kemahuan hawa nafsunya sendiri.Perkataannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya”.

Islam (B. Arab: الإسلام; al-'islām ; disebut: [ɪs.ˈlæːm]) (aslama, yuslimu, islaman) merupakan agama Ibrahim monoteistik yang berasal dengan pengajaran dari Nabi Islam Muhammad s.a.w., seorang tokoh politik dan keagamaan Arab abad ke-7. perkataan Islam bermaksud "penyerahan", atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah (B. Arab الله, Allāh). Seorang penganut Islam dikenali sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]". Terdapat antara 1 bilion ke 1.8 bilion Muslim, menjadikan Islam agama kedua terbesar di dunia, selepas Kristian.

Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan Al-Qur'an kepada Nabi Muhammad s.a.w., penutup segala Nabi Allah, dan menganggap Al-Qur'an dan Sunnah (sabda dan amalan Nabi Muhammad s.a.w.) sebagai sumber utama Islam. Umat Islam tidak menganggap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pengasas agama baru, tetapi sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s., dan lain-lain nabi. Tradisi Islam menegaskan bahawa Yahudi dan Kristian memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.

Islam memerintahkan banyak amalan keagamaan. Penganut Islam umumnya dikehendaki memegang Rukun Islam, yang merupakan lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain itu, hukum Islam (syariah) telah membangunkan hukum yang menyentuh pada hampir semua aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.

Hampir kesemua Muslim tergolong kepada salah satu dari dua mazhab terbesar, Sunah (85%) dan Syiah (15%). Perpecahan berlaku pada lewat abad ke-7 berikutan ketidaksetujuan atas kepimpinan politik dan keagamaan masyarakat Islam. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat. Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 30% di subbenua India dan 15.6% di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi.

Perkataan Islam merupakan penyataan kata nama berasal dari kata akar tiga konsonan s-l-m, dan dipemerolehan dari Kata kerja bahasa Arab Aslama, iaitu bermaksud "untuk menerima, menyerah atau tunduk." Demikian, Islam bermaksud penerimaan dari dan penundukan kepada kepada Allah, dan penganut harus menunjukkan ini dengan menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan politheisme. Perkataan ini memberikan sebilangan maksud dari Al-Qur'an. Dalam sesetengah (ayat), kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa Allah inginkan untuk beri panduan, Dia mengembangkan dadanya kepada Islam." Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan sebagai "agama"): "Kini, saya telah menyempurnakan agamamu (dīn) untuk kamu; Saya telah melengkapkan Berkat Ku kepada kamu; Saya telah mengesahkan Islam untuk agama kamu." Namun masih ada yang lain menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah-lebih dari hanya penyataan pengesahan keimanan.
Aku bukan bermaksud menyalahkan atau mengambil jalan peperangan tanpa mahu mengajak mereka mengenali ISLAM dengan cara yang betul. Menjadi tanggungjawab aku untuk mengajarkan mereka mengenali Islam berdasarkan konsep As-Sunnah dan AL-Quran. Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka dan membukakan hati mereka untuk memeluk Islam. Insyaallah....

Friday, December 12, 2008

Bermula Kembali....

Akhirnya, Aidiladha berlalu dengan penuh makna dalam diri. Baru terasa kali ini, akan erti pengorbanan, perjuangan serta erti sebuah kehidupan yang aku miliki. Malam takbir, aku hiburkan diri dengan siaran ikim.fm. Takbir yang berkumandang diselang-seli dengan tazkirah Aidiladha, masih terasa akan kekurangan diri sebenarnya. Betapa besar pengorbanan Ismail bukan kepada keluarga tapi kepada Islam yang jadi pegangan kita!!! Pengorbanan Ismail yang menjadi titik-tolak ibadah korban merupakan simbolik besar dalam perjuangan Islam. Malam tu jugak, sambil layan perasaan aku gak busy ngan menjawab panggilan juga menerima/menghantar ucapan kepada sahabat. Boleh tergelak sendirian mengenang kembali isi SMS tu. terdetik di hati ingat gak diorang kat aku. Hehehehe... Asakan pertanyaan bila aku nak balik Labuan, semakin membangkitkan rasa rindu pada kehangatan matahari pulau negeriku!!! Betapa besarnya erti sahabat pada mereka.(Walaupun time raye baru antar SMS,tanya khabar!!!) Juga kerinduan mereka pada motivasi yang pernah aku beri, cerita lawak, juga cerita kembara aku. Sabarlah, sahabat!!! Panjang umur pasti ketemu!!! Mungkin ini paling mengharukan... Mendengar suara ibu, sudah cukup buat hati lelaki ini sebak. Hehehe.. Tapi, tak nangis tau... Betapa rindu pada pelukan ibu. Erm, actually im mama's boy and proud of it too!!! Kalaulah, jarak antara Labuan-Kota Bharu ini dekat ketika itu juga aku akan terbang pulang!!! Fantasi, fantasi.... Yang pasti, malam Aidiladha aku menikmati malam tu dengan mengelilingi Bandar Kota Bharu, so tak terasa sangat kesedihan tu. Well, nilah hidup dan pengalaman!!! Perjalanan tu sambil menikamti takbir raya yang tidak putus-putus. Indah dan damai negeri Islam ni, ramai yang tidak menghayatinya.. Seronok juga menikmati pengalaman baru!!!

Saturday, December 6, 2008

Aidiladha 1429H- Di Rantauan

Salam Aidiladha 1429H kepada semua sahabat perjuangan, guru-guru, pensyarah-pensyarah serta semua yang mengikuti perkembangan diri dan blog ini. Tahun ini, seperti jua sebelumnya Aidiladha aku sambut di rantauan. 2 tahun lamanya, menyambut raya tanpa keluarga di sisi. Tapi, inilah pengorbanan, walaupun bukan Ismail yang menyembah diri kepada bapanya untuk disembelihi. Semoga, pengorbanan ini, akan membuahkan kejayaan hidup yang aku idamkan. Harapnya, Aidiladha ini akan memberi satu makna dalam diri masing-masing untuk berhijrah juga demi agama yang dicintai. Insyaallah... Salam Aidiladha 1429H!! Catatan: Aku akan bercuti menulis, bagi mengurangkan kesedihan di hati. Hehehehe... Selamat Hari Raya Aidiladha!!!

Thursday, December 4, 2008

Kembara Di Bumi Kelantan 1429H

Hari ini, Disember 2008 genap 6 bulan aku berada di bumi Serambi Mekah. Kembara yang aku pilih supaya aku dapat menilai dan memuhasabahkan diri setelah lama bergelumang dengan kenikmatan dunia sementara. Disini, begitu jauh perbezaan budaya kehidupan di negeri yang pernah aku jelajahi. Dan, disini juga mengajar aku akan erti kualiti hidup yang sepatutnya aku nikmati. Terlalu singkat rasanya perjalanan hidup. Kehadiran aku di sini, membawa satu budaya diri yang baru. Masih terlalu taboo untuk aku nikmati budaya makan yang terlalu manis, sampaikan seorang sahabat berkata, " cukup 3 tahun belajar kat sini, potong kaki!!!" . Kerana kemanisan makanan orang Kelantan. Hahahaha!!! Menjadi satu stigma dalam kalangan sahabat di Labuan, pergi ke Kelantan harus menjadi alim, berjubah!!! Apa punya pandangan hidup!!!! Teruk sangat ke kehidupan di sini????? Bagi aku tidak. Hidup perlu jadi diri sendiri, bro!!! Pribumi Kelantan bagi aku, cukup pandai berdikari, ibarat di mana ada gula; disitu ada semut. Kesederhanaan hidup yang mereka amalkan cukup buat aku kagum!!! Huh, semacam ada satu perasaan halus dalam hati melihat semua itu. Cukup bagi mereka menikmati kehidupan dengan tidak mengamalkan kemewahna melampau sehingga boleh melalaikan mereka dengan kehidupan dunia. Twintech Kelantan pula bagi aku juga 'sederhana' namun ada sesuatu yang menarik yang telah aku kongsi bersama sahabat di sini. Pelajar disini, datang dari keluarga yang mewah, sederhana. Tapi, tidak ada perasaan mahu bersaing!!! Hidup di Kelantan, buat terlupakan sesuatu. Iaitu keistimewaan, keselesaan yang dinikmati itu tidak akan kekal. Budaya kehidupan mereka lebih suka berhibur!!! Remaja, biasalah!!! Kelemahan mereka yang paling ketara ialah kurang berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Bukan apa takut melakukan kesilapan!!! Come on, friends!!! English is interesting and important!!! Kembara di bumi Kelantan, buat aku sedar akan sebuah erti kehidupan yang dapat aku kongsikan bersama sahabat di Labuan nanti. Terlalu lama, mengembara pun tak elok juga. Takut dikatakan lupa diri!!! Well, berhijrah lebih baik dari hidup terperuk tanpa mahu melakukan perubahan!!! Nabi pun sarankan umatnya berhijrah!!!
Labuan, tempat aku lahir dan dibesarkan SEMELA, tempat aku belajar dan diajar Kelantan, tempat aku berhijrah dan bermuhasabah Twintech, perjuangan harus diteruskan!!!
my siblings( miss u all!!!)

Wednesday, December 3, 2008

GGMM ingin bertindak lagi terhadap Chua!!!!

Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) akan mengambil tindakan seterusnya terhadap Datuk Dr Chua Soi Lek selepas timbalan presiden MCA itu gagal memenuhi tuntutannya supaya memohon maaf kepada orang Melayu berhubung ucapannya mengenai Ketuanan Melayu, yang didakwa berbaur hasutan. GGMM membuat tuntutan tersebut melalui notis guaman yang dihantar kepada Dr Chua Isnin lalu. Ia menuntut Dr Chua membuat permohonan maaf melalui laman blognya dalam tempoh 24 jam dari tarikh penerimaan notis tersebut. Bagaimanapun, semalam, Dr Chua dilaporkan berkata, ucapannya ketika menerima Anugerah Kancil pada 27 November lalu, sengaja diputarbelitkan oleh pihak tertentu untuk membangkitkan kemarahan kaum Melayu. Sebaliknya, Dr Chua dilaporkan, apa yang dimaksudkannya dalam ucapannya itu adalah dalam konsep perkongsian kuasa di dalam Barisan Nasional (BN). Dalam ucapannya itu, Dr Chua dilaporkan berkata, konsep perkongsian kuasa dalam BN mesti diubah dan slogan 'Ketuanan Melayu', hubungan Tuan dan Hamba, tidak boleh diterima lagi. Dr Chua juga dilaporkan berkata: "Kita menerima kepimpinan Melayu, tetapi bukan Ketuanan Melayu." Laporan polis Sementara itu, jurucakap GGMM, Nik Rizman Sapian berkata, pihaknya sedang membincangkan tindakan seterusnya yang bakal diambil terhadap Dr Chua. Beliau berkata, pihaknya akan memaklumkan kepada pihak media apabila memutuskan bentuk tindakan tersebut. Nik Rizman juga berkata, GGMM tidak membuat laporan polis terhadap timbalan presiden MCA itu berhubung kenyataannya tempoh hari. Pagi tadi, Dr Chua telah dipanggil memberi keterangan di balai polis Sunway pagi tadi. Surat tuntutan itu, yang diserahkan oleh peguam GGMM, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz di ibupejabat MCA di ibunegara Isnin lalu, gabungan itu mendakwa ucapan Dr Chua itu berbaur hasutan untuk membenci orang Melayu. Selain menuntut Dr Chua memohon maaf, GGMM juga menuntut bayaran ganti rugi sebanyak RM2 juta yang akan didermakan sepenuhnya kepada agensi amanah untuk bangsa Melayu/Islam. Menurutnya, jika Dr Chua mengabaikan notis tuntutan tersebut, GGMM akan memfailkan saman terhadap timbalan presiden MCA itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam. GGMM juga, tambah notis tersebut, akan memohon perintah mahkamah bagi menghalang Dr Chua daripada terus menghina orang Melayu. MeeT uNcLe sHaH: " Bagi menyahut sahut BPN, aku juga akan menyokong perjuangan GGMM yang mana bagi aku ianya satu simbolik kepada perjuangan Melayu yang kami pertahankan. Perjuangan GGMM juga adalah satu tindakan yang berasas bukan kerana emosi tetapi kerana maruah. Sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengembalikan semula kegemilangan dan maruah yang berharga!!!"

Laporan Sidang BPN kali ke 6 / 2008

Hari Isnin 1 Disember 2008 Topik : Isu Gabungan Graduan Melayu Muda dan pendirian Blogger Pembela Negara RESOLUSI 1 - BLOGGER PEMBELA NEGARA bersetuju dengan tindakan Gerakan Graduan Muda Mahasiswa mengambil tindakan tegas berlandaskan undang undang terhadap pihak yang menentang ketuanan Melayu sebagai tuan asal negara Malaysia. Selagi ia berlandaskan undang undang dan tidak mencemarkan keharmonian negara Malaysia yang didiami oleh pelbagai bangsa 2. Ahli BPN disarankan meletakka logo dan link GGMM sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu Islam ini dari dinodai oleh mana mana pihak 3. BPN akan menjadi badan tidak rasmi bagi mempromosi segala aktivit GGMM dan kerjasama ini akan dijayakan oleh semua ahli ahli di dalam BPN termasuk yang bertaraf pemerhati di blog mereka melalui usul dalam resolusi sidang maya. Kehadiran ahli sidang : Lihat imej di atas... 4. Memandangkan Melayu merupakan bangsa yang menitikberatkan budi pekerti dalam berbahasa, BPN memohon agar pihak jawatankuasa tertinggi GGMM mengulas mengenai sebuah blog yang menggunakan nama GGMM di mana ianya telah mencetuskan rasa kurang senang banyak pihak kerana kandungannya yang agak keterlaluan. Sila klik sini ( http://graduanmelayumuda.blogspot.com/ ) 5. GGMM perlu membuat penambahbaikkan blog rasmi mereka sejajar dengan reputasi GGMM sebagai wakil graduan yang mempunyai daya intelektual yang tinggi dan Visi dan misi perjuangan GGMM perlu diperjelaskan bagi memantapkan gerakan penuh berani dan bijaksana selari dengan budaya bangsa. 6. Ahli BPN disarankan dan digalakkan menyertai tindakan dan aktiviti yang digerakkan oleh GGMM yang berteraskan dan berpaksikan menjaga nama baik bangsa dan agama di bumi melayu yang bertuah ini...manakalan GGMM pula akan menggalakkan ahli ahlinya membantu BPN di alam siber ini bagi menjadikan agenda menjaga ketuanan agama dan bangsa tetap terpelihara dan berjaya dengan satu suara yang bersepakat dan muafakat.Ia akan menjadikan BPN dan GGMM saling melengkapi antara satu sama lain di dalam menjadikan perjuangan lebih kemas dan fokus kepada arah yang sama walau di alam yang berbeza... Sekian. Disediakan oleh, Panglima Perang Cyber http://penembak-tepat.blogspot.com 12.01 pagi 2 Disember 2008

Monday, December 1, 2008

2008: Kian Ke Penghujung....

1/12/2008, sebagai tanda tahun ini kian hampir ke penghujung... Sedar tak sedar, usia jua semakin bertambah, pengalaman semakin bertambah, tanggungjawab pun semakin banyak... Bermakna, buku 2008 akan ditutup,meninggalkan kenangan yang indah, menghias, dan menceriakan dunia 2008. Hari ini(1.54 pagi), aku cuba membawa diri kembali menyoroti semula coretan, catatan, perjalanan, juga keindahan 2008. Cerita pedih, perit, manis, masam rempah-ratus 2008, yang cukup mendewasakan aku.Cerita yang menguatkan jiwa dan hati ini untuk terus membina impian, merealisasikan segala harapan!! Realitinya, aku insan biasa yang tidak mampu memisahkan kenangan dari hidup aku.2008, tahun yang benar-benar mencatat segala cerita kehidupan aku!!! Cinta, kasih-sayang, kisah tentang perpisahan, pertemuan!!! Huh, begitu sempurnanya kejadian yang ALLAH cipta!! Begitupun, masa yang pantas buat aku rindu untuk mengulanginya kembali. Lebih-lebih lagi kenangan bersama sahabat di Kota Kinabalu; warga Twintech terutamanya. Wan, Taufiq, Roy, Mike, Sof dll aku rindu korang!!! Sayang, ia hanya secebis kenangan dalam kehidupan ini. Entah bila akan ketemu lagi...Cinta????!!! Biarkan berlalu...Pergilah bersama masa yang pantas ini. ake a new life!!! Sungguhpun kenangan itu begitu memedihkan, aku tidak harus terus bersandar, kalah pada perasaan sendiri!!! Betul tak???? Pengajian yang terhenti selama hampir 4 bulan, mengajar aku sesuatu yang....??? Makna kehidupan??? Selalu benar aku ungkapkan... Heheheh... Entahlah, yang pasti hidup ini macam satu putaran... Pusing punya pusing, masih juga di perhentian yang sama. Qada' dan Qadar, kawan... Sebenarnya terserah kepada diri masing-masing untuk menginterpretasikan makna hidup!!! Hehehe... Rasa benci, marah, kecewa, kesal hanya akan menggagalkan impian yang hampir terlaksana. Begitu banyak cerita yang akan kita semua tinggalkan. Tapi, aku pasti andai satu masa kita ketemu mereka yang terjalin tentang cerita kehidupan kita, kenangan itu akan hidup kebali. Seperti juga persahabatan, cinta, dan sebagainya. Menyentuh tentang perancangan 2009??? Masih ada matlamat 2008 belum tercapai. Sebenarnya, hidup ini akan terlalu singkat jika berterusan mengejar sesuatu yang tak pasti!!! Take note this!!! Hahaha!!! Apapun jua, 2008 yang berlalu ni; adalah kenangan, harapan; serta kesinambungan cerita masa depan!!! Selamat tinggal 2008!!!